Wednesday, January 1

Jenis-Jenis Kulit Muka & Tip Penjagaan
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Apa jenis kulit wajah anda?

Jenis-jenis kulit wajah terdiri daripada kulit normal, kulit berminyak, kulit kering dan kulit sensitive. Sesetengah orang mempunyai kulit jenis kombinasi di beberapa tempat berbeza pada wajah.

Jenis-jenis kulit wajah yang berbeza adalah disebabkan factor seperti:
  • Kandungan air dalam badan – yang mempengaruhi keanjalan kulit
  • Kandungan minyak dalam badan – yang akan mempengaruhi kelembutan kulit
  • Tahap sensitiviti kulit





Jom kenalpasti kulit wajah kita berdasarkan ciri-ciri dibawah:

    1. Kulit Normal
Best kan kalau kita mempunyai kulit jenis normal – ianya tidak terlalu kering atau berminyak.  Mudah dijaga dan mulus seperti kulit bayi. Ciri-cirinya ialah:

-          Tiada langsung kesan kulit muka tidak sekata
-          Tidak sensitive terhadap perubahan persekitaran atau kosmetik
-          Pori tidak kelihatan
-          Nampak berseri (radiant)

Cara penjagaanya sangat mudah, cuma amalkan pembersihan rutin diikuti penyegar dan pelembab seperti biasa

    1. Kulit Kering
-          Pori hampir langsung tidak kelihatan
-          Kusam, permukaan kulit yang kasar
-          Ada kesan kemerahan
-          Berjeragat (kulit kering adalah penyebab jeragat)
-          Tidak anjal
-          Terdapat banyak garis halus terutama sekitar mata dan bibir
-          Hitam/gelap di sekeliling mata

Kebiasannya individu yang mempunyai kulit kering adalah disebabkan oleh:

-          Faktor keturunan (genetic)
-          Penuaan
-          Perubahan hormon
-          Faktor cuaca seperti angin, sinaran matahari atau cuaca terlalu sejuk
-          Sinaran UV
-          Tabiat mandi dengan air panas atau terlalu lama mandi
-          Penggunaan kosmetik dan alatan pencuci yang tidak sesuai
-          Penggunaan ubat-ubatan tertentu.

Cara penjagaan kulit kering ialah:

-          Guna produk yang berasaskan air (hydrating products)
-          Jangan guna produk yang bersabun
-          Gunakan pelembab sebaik sahaja selesai mandi.  Gunakan beberapa kali sepanjang hari.

    1. Kulit Berminyak
Ciri-ciri kulit berminyak ialah:

-          Liang pori kelihatan jelas
-          Kusam dan berkilat
-          Terdapat bintik hitam
-          Berjerawat dan juga kesan tidak sekata

Kulit berminyak adalah biasanya disebabkan oleh hormon yang tidak seimbang, stress atau terdedah terhadap persekitaran yang panas dan lembap.

Untuk menjaga kulit jenis berminyak, disarankan agar:
-         Tidak mencuci muka dengan kerap (lebih dari 2 kali sehari).
-         Gunakan produk penjagaan muka yang lembut.
-         Jangan kerap guna ‘scrub’
-         Jangan usik atau picit jerawat
-        Gunakan produk yang mengandungi label  ‘non-comedogenic’ kerana ia tidak akan menyebabkan     pori tersumbat dan menyebabkan jerawat.

    1. Kulit Jenis Kombinasi
Kulit jenis kombinasi biasanya kering di sesetengah kawasan muka manakala setengah kawasan lagi akan berminyak, misalnya di Zon-T (hidung, dahi dan dagu). Ciri-ciri kulit kombinasi ialah:

-          Liang pora sederhana
-          Bintik hitam
-          Kulit agak berkilat

    1. Kulit Sensitif
Kulit jenis ini sangat peka terhadap rangsangan luar seperti cuaca, bertukar jenama produk penjagaan muka, respon kepada jenis makanan tertentu dan sebagainya. Kebiasaannya apabila berlaku situasi diatas kulit akan menjadi kemerahan, gatal, terbakar atau terlalu kering dan menggelupas.


Selain dari ciri-ciri diatas, boleh juga gunakan carta di bawah untuk kenalpasti jenis kulit kita. Jom semak!

Klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas. Sumber.


Cara Penjagaan Kulit Yang Asas

Walau apa-pun jenis kulit anda, pastikan anda mengaplikasikan tip dibawah:

-          Gunakan produk pelindung matahari / sinaran UV
-          Jangan merokok
-          Minum banyak air kosong
-          Cuci muka sebelum tidur, jangan pakai kosmetik sehingga tidur
      -          Gunakan pelembab yang sesuai

Suntingan dari artikel asal (http://www.webmd.com/beauty/face/whats-your-skin-type)

Selain dari penjagaan luaran, kita juga hendaklah pastikan penjagaan dari dalam. Anda boleh mencuba Set Kecantikan Kulit dari Shaklee untuk mendapatkan kulit wajah normal yang halus, mulus bak bayi. KlikDISINI untuk info lanjut mengenai Set Kecantikan Kulit Shaklee.

Hubungi kami untuk mendapatkan nasihat mengenai produk Shaklee hari ini.

Thanks for reading!



Baiklah… buat ibu-ibu, jika inginkan KONSULTASI PERCUMA, boleh PM/ ADD FB Lela pinkish untuk chatting secara live  atau boleh email kepada norlelamasri@gmail.com dan jangan lupa
untuk LIKE Fanpage Takteh Anak Umi VitaShop bagi mendapatkan lebih 
banyak info dan harga super duper murah dari kami!!
 boleh SMS/CALL saya di 019-2404850
Untuk customer saya, saya juga akan berikan tips exclusive kepada anda utk penjagaan kulit yang cantik..khas utk anda...hanya apabila anda membuat pembelian set ini... :)


No comments:

Post a Comment