Assalammualaikum,

Amalan berpantang selepas bersalin adalah amalan yang masih diamalkan oleh masyarakat kini terutamanya kaum melayu, berpantang adalah satu kaedah pemulihan secara tradisional di dalam satu jangka masa tertentu untuk wanita yang baru melahirkan anak.
Dalam tempoh berpantang, ibu akan dirawat dari aspek kesihatan, kebersihan diri dan pemakanan yang terkawal. Maksud ‘berpantang’ adalah ibu WAJIB melalui tempoh pengasingan daripada mengambil apa-apa yang boleh memudaratkan diri dan bayi.
Kenapa perlu berpantang?
Tempoh berpantang biasanya selama lebih kurang 44 hari daripada hari kelahiran bayi. Tujuan utama berpantang adalah :-
- Untuk membantu mengembalikan bentuk badan ibu kepada asal
- Memulihkan organ pembiakan wanita
- Menyembuhkan luka akibat kelahiran
- Membetulkan keadaan rahim
- Mengembalikan ketegangan faraj.
Jika rawatan ini tidak dijalankan, dikhuatiri rahim akan kendur, ibu akan mudah mendapat penyakit, pening kepala, sakit-sakit badan, sengal-sengal tulang dan ibu akan kelihatan tua daripada usianya.
Asas rawatan adalah menggunakan herba-herba tradisional, urutan, diet yang ketat serta penggunaan alatan bantuan seperti bengkung dan rawatan tungku panas.Terdapat 3 fasa rawatan yang perlu ditempuh oleh si ibu semasa berpantang ini.
Asas rawatan semasa berpantang.
Ibu yang baru bersalin perlu diurut, ini bertujuan untuk memulihkan kekejangan perut, melegakan otot-otot yang tegang, mengurangkan stres dan menggalakkan tidur yang lena. Selain daripada itu, ada pelbagai teknik urutan yang dilakukan oleh bidan/tukang urut bagi membantu membetulkan kembali rahim ke kedudukan asalnya. Urutan ini juga memudahkan darah selepas bersalin (darah nifas) keluar dengan teratur, mengeluarkan kotoran di kawasan rahim dan kelangkang, melegakan kembung perut dan sembelit.
Urutan dengan tuaman batu juga adalah digalakkan untuk melegakan otot-otot yang tegang, memecahkan lemak, mengeluarkan angin dan toksin, mempercepat pengecutan rahim, meleperkan perut dan mengembalikan tubuh badan kepada asal.
Pengambilan makanan juga dititikberatkan. Ibu selepas bersalin juga perlu ‘berpantang’ daripada mengambil makanan yang tertentu. Makanan yang ada kandungan air perlu dielakkan kerana ia akan meningkatkan pengekalan air di dalam badan. Oleh itu, makanan yang dipanggang atau dikukus adalah pilihan menu harian semasa berpantang. Makanan laut juga ditegah kerana ia menyebabkan alahan dan melambatkan penyembuhan luka. Makanan yang menyebabkan angin seperti kekacang juga perlu dielakkan.
Kebaikan melalui tempoh berpantang
- Tempoh berpantang dianggap sebagai suatu tempoh yang memeritkan, walaubagaimanapun ibu WAJIB melalui tempoh ini kerana ia memberikan kebaikan kepada kesihatan ibu dan juga anak yang dilahirkan.
- Dari sudut kesihatan, tempoh berpantang ini adalah tempoh rehat serta satu proses membaikpulih tubuh badan setelah bersalin samada secara normal atau pembedahan. Ia juga dapat mengelakkan tubuh badan dari dijangkiti kuman dan bakteria.
- Waktu berpantang juga dapat menenangkan fikiran dan emosi ibu setelah tempoh bersabung nyawa melahirkan anak. Inilah masa untuk berehat dan memberikan sepenuh tumpuan untuk diri sendiri dan anak yang baru dilahirkan. Tempoh berpantang dapat mengeratkan hubungan di antara ibu dengan anak serta dengan keluarga.
- Dari sudut pemakanan pula, ibu akan mendapat khasiat dan nutrien yang diperlukan untuk mengembalikan kecantikan dan kelangsingan tubuh badan. Selain daripada itu, pemilihan makanan juga dititikberatkan untuk mengelakkan si ibu mendapat masalah kesihatan kelak
Contohnya:-
Ibu tidak digalakkan memakan sayur-sayuran yang bersifat ‘sejuk’ seperti kangkung, bayam dan pucuk paku kerana boleh menyebabkan kegatalan. Ikan seperti ikan kembung, ikan tongkol dan ikan cencaru juga perlu dielakkan. Minuman berais dan bergas perlu dihindari kerana ia boleh menyebabkan angin di dalam badan.
Saya yakin ada banyak lagi kebaikan jika anda mengamalkan amalan berpantang. Semasa tempoh berpantang saya hanya berpegang pada ayat ” SUDAH 24 TAHUN SAYA MAKAN MACAM-MACAM DAN KELUAR BERJALAN-JALAN, TAKKAN SAYA TAK BOLEH TAHAN NAFSU MAKAN DAN BERJALAN SAYA SELAMA 60 HARI”.. Alhamdulillah, saya lalui proses berpantang saya dengan mudah.. BIG thanks to my mama.. Nasihat saya, kesihatan kita tidak boleh dijual beli…. Jika kita tidak sihat, bagaimana kita mampu menjaga kesihatan bayi yang baru kita lahirkan?? Semoga artikel kali ini bermanfaat kepada semua….
Kenapa perlu berpantang?
Semuanya terjawab di sini.. InsyaAllah..
Jika anda berminat untuk mencuba Set Bersalin daripada Shaklee lela lihat DI SINI.
No comments:
Post a Comment