Sunday, February 9

Cara mencairkan susu perahan

Cara mencairkan susu perahan
Panduan Cairkan Susu Perahan


Mungkin ada di kalangan ibu-ibu berkerjaya yang menyusukan bayi menghadapi dilema 
bagaimana cara terbaik untuk menyimpan dan mencairkan susu beku ketika mereka bekerja.

Tidak kira sama ada anda meletakkan bayi di bawah penjagaan pengasuh atau nurseri, 

pastikan mereka sudah maklum tentang cara pengendalian susu perahan beku sebelum diberikan
kepada bayi.

Berikut adalah garis panduan yang boleh dijadikan maklumat berguna kepada para ibu agar 

bayi tetap menerima khasiat susu ibu biarpun tidak menyusu secara terus dari payu dara ibu.

1. Sentiasa menggunakan susu yang paling awal diperah.

2. Letakkan susu beku yang hendak digunakan di bahagian rak bawah peti sejuk semalaman 

supaya mudah dicairkan.

3. Lalukan susu perahan beku di bawah aliran air paip untuk mencairkannya.

4. Bila sudah cair, rendamkan bekas berisi susu di dalam air suam (hanya panaskan kuantiti 

yang hendak digunakan untuk satu penyusuan sahaja).

5. Untuk lebih mudah dan menjimatkan masa, gunakan pemanas botol elektrik yang kini 

banyak dijual dipasaran.

6. Jangan panaskan dalam ketuhar gelombang mikro atau atas dapur kerana ia akan 

merosakkan khasiat susu ibu.

7. Jangan carikan susu beku dalam suhu bilik.

8. Susu yang telah dipanaskan mestilah digunakan dalam masa satu jam (tidak boleh 

disimpan semula).

9. Susu yang dibekukan akan menampakkan lemak terpisah menjadi dua lapisan. Goyangkan 

bekas dengan perlahan-lahan untuk menggabungkan lapisan lemak yang terpisah itu.

10. Pastikan suhu susu suam dengan menitiskan beberapa titis susu di bahagian dalam 

pergelangan tangan sebelum diberi kepada bayi.

11. Elakkan memanaskan susu di awal pagi dan memasukkan ke dalam termos kerana susu 

yang dipanaskan perlu dihabiskan dalam masa 1-2 jam sahaja.

12. Susu yang sudah dicairkan tidak boleh dibekukan semula, jadi ibu kene pandai mengagak 

kuantiti yang diperlukan anak supaya susu perahan tidak membazir.

13. Seelok-eloknya panaskan susu sejurus sebelum memberi bayi minum.

Tip Penyimpanan Susu Perahan

a. Di tempat kerja

Simpan susu perahan di bahagian sejuk peti ais, jangan dibekukkan (jika ada peti sejuk). Jika 

tiada, simpan sahaja dalam beg penyejuk susu ibu yang banyak terdapat di pasaran. Ia untuk
memastikan kandungan antibodi terpelihara dari proses pembekuan.

b. Sampai di rumah

Simpan susu perahan dari tempat kerja semaksima yang boleh di bahagian sejuk (bukan 

dibekukan) untuk kegunaan pada keesokan hari. Simpan susu selebihnya di bahagian beku 
peti ais untuk stok seterusnya.

c. Seeloknya labelkan bekas perahan susu dengan nama bayi, tarikh dan masa pemerahan 

sebagai memudahkan anda menggunakan susu yang awal terlebih dahulu.

d. Tinggalkan sedikit ruang udara di dalam bekas penyimpanan untuk membolehkan proses 

pengembangan berlaku jika susu dibekukan.

e. Jangan lupa membersihkan dan mensteril semua bekas penyimpanan susu ibu termasuk 

aksesori pengepam.


Mahu supplement untuk membantu anda membuat stok EBM dengan banyak? KLIK DISINI

Inginkan susu meriah dan banyak seperti testimoni dibawah??

Testimoni 1;


Ibu gembira anak sihat dan
kenyang



Ingin memiliki stok susu EBM yang banyak dan perlukan bantuan?? Jangan segan silu untuk menngehubungi saya kerna saya akan berikan lebih banyak lagi tips eksklusif untuk perbanyakn lagi susu anda. Sila hubungi saya seperti dibawah;



Berminat? Hubungi kami di 019 2404850 / Add FB saya https://www.facebook.com/lela.pinkish
& jangan lupa like fanpage saya https://www.facebook.com/taktehankumi

  HARGA ISTIMEWA MENANTI ANDA DAN KONSULTASI SECARA PERCUMA AKAN DIBERIKAN SELEPAS PEMBELIAN HANYA UNTUK CUSTOMER TAKTEHANKUMI TERSAYANG





No comments:

Post a Comment