Sunday, February 9

Cara simpan susu ibu
Haba dan kepanasan melampau boleh memusnahkan enzim, antibodi dan 
komponen-komponen nutrien penting dalam susu ibu. Oleh itu perahan susu
ibu yang disejukkan atau dibekukan perlu dicairkan dengan kaedah yang 
betul untuk mengurangkan kehilangan nutrien daripadanya.

Ikuti langkah-langkah berikut

1. Untuk susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk di dalam peti sejuk;
Lalukan bekas/botol susu di bawah aliran air pili untuk beberapa ketika.
Rendam botol di dalam bekas/mangkuk berisi air panas/air didih selama 
5 minit. Jika air menjadi sejuk dan susu belum mencapai suhu yang diingini, 
tukarkan air rendaman dan rendam lagi untuk beberapa ketika.Jika anda 
dapati susu di dalam botol terpisah kepada 2 bahagian, goyangkan botol 
beberapa ketika untuk mencampurkan bahagian2 yang terpisah dan 
menyamaratakan suhunya.Rasai suhunya sekali lagi sebelum menyusukan 
bayi anda

2. Untuk susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk beku (freezer);
Turunkan beberapa botol (ikut keperluan) susu beku daripada bahagian 
sejuk beku (freezer) ke rak atas bahagian sejuk di dalam peti sejuk anda 
pada sebelah malam supaya pencairan boleh berlaku secara perlahan-lahan. 
Ini juga akan menjimatkan masa pencairan apabila hendak memberikan 
kepada bayi nanti. Apabila bersedia untuk memberikannya kepada bayi, 
keluarkan 1 botol daripada peti sejuk dan cairkan serta panaskan susu 
seperti langkah 1 di atas.

TIPS PENTING:
Gunakan susu perahan yang paling lama disimpan (pastikan tarikh perahan 
susu dicatat pada botol/bekas sebelum menyimpan susu).Cairkan dan panas
kan susu perahan hanya dalam kuantiti yang diperlukan sahaja.Susu yang 
sudah dicairkan dan dipanaskan tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk 
semula (walaupun tidak diminum oleh bayi). Susu ini perlu dihabiskan dalam 
masa 4-6 jam.

Susu perahan yang tidak habis diminum oleh bayi boleh disimpan (dalam 
suhu bilik) untuk tempoh 2-3 jam dan beri kepada bayi pada penyusuan 
seterusnya.Susu beku yang telah diturunkan ke bahagian sejuk peti sejuk 
tidak boleh dibekukan semula. Susu ini perlu dihabiskan dalam tempoh 
24 jam (dikira daripada masa menurunkannya daripada bahagian sejuk beku).

Susu yang telah disimpan di dalam peti sejuk hanya bertahan selama 7 hari.
 Selepas 7 hari susu yang belum sempat digunakan boleh dinaikkan ke 
bahagian sejuk bekuuntuk memanjangkan tempoh penyimpanannya. Tetapi 
bau dan rasanya mungkin sedikit berubah kerana susu yang disimpan lama 
di dalam peti sejuk boleh menyerap bau daripada peti sejuk.

TIDAK BOLEH!!!:

TIDAK BOLEH panaskan susu perahan terus di atas api dapur.
TIDAK BOLEH panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro (microwave 
oven).
TIDAK BOLEH didihkan susu perahan.
Sebab & alasan: susu akan menjadi terlalu panas dan boleh mencederakan 
bayi, komposisi nutrien juga akan termusnah oleh kepanasan melampau



SET PENYUSUAN UNTUK IBU YANG INGIN MENAMBAH SUSU BADAN



KLIK DISINI


Ingin memiliki stok susu EBM yang banyak dan perlukan bantuan?? Jangan segan silu untuk menghubungi 
saya kerna saya akan berikan lebih banyak lagi tips eksklusif untuk perbanyakn lagi susu anda. 
Sila hubungi saya seperti dibawah;

Berminat? Hubungi kami di 019 2404850 / Add FB saya https://www.facebook.com/lela.pinkish
& jangan lupa like fanpage saya https://www.facebook.com/taktehankumi

  HARGA ISTIMEWA MENANTI ANDA DAN KONSULTASI SECARA PERCUMA AKAN DIBERIKAN SELEPAS PEMBELIAN HANYA UNTUK CUSTOMER TAKTEHANKUMI TERSAYANG












No comments:

Post a Comment