Saturday, April 19

Nutrisi Terbaik Buat Si Manja Dalam Kandungan


Kenali Nutrisi Penting Ketika Hamil

Sudah menjadi amalan lazim, ibu-ibu hamil akan dibekalkan dengan pelbagai vitamin selepas menjalani pemeriksaan rutin kehamilan. Persoalannya, mengapa ibu hamil disarankan untuk mengambil vitamin tambahan dalam diet seharian mereka?

Langkah ini adalah bagi memastikan si ibu dan juga anak yang dikandung mendapat keperluan nutrisi yang secukupnya yang mungkin tidak dapat diperolehi daripada pemakanan harian semata-mata agar pembesaran dan perkembangan janin berada pada tahap optimum selain si ibu akan berasa lebih sihat, cergas dan bertenaga.

Kita sudah sedia maklum pemakanan seimbang haruslah diamalkan setiap hari sekiranya menginginkan kesihatan yang baik. Justeru, ibu-ibu hamil juga tidak terkecuali daripada mengamalkan corak pemakanan tersebut. Pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan protein perlu diberi keutamaan. Dan dalam pada itu, terdapat juga beberapa nutrisi yang sangat diperlukan ketika hamil sebagaimana yang akan saya perincikan dengan lebih lanjut dibawah:

Asid folik - Mencegah cacat lahir

Asid folik adalah sejenis vitamin B yang sangat disarankan untuk diambil oleh setiap ibu hamil sebagai ikhtiar dalam mencegah kecacatan tiub saraf yang serius pada otak dan saraf tunjang bayi semasa lahirnya kelak. Selain itu, kekurangan asid folik pada ibu hamil boleh meningkatkan risiko kelahiran pramatang selain bayi yang dilahirkan mempunyai berat badan lahir yang sangat rendah. 

Secara dasarnya seseorang ibu hamil memerlukan 800 mikrogram asid folik sehari. Pengambilan asid folik ini pula sebaiknya dimulakan seawal 3 bulan sebelum kehamilan dan diteruskan selama si ibu belum melahirkan. Keperluan asid folik boleh dipenuhi melalui pengambilan sayur-sayuran berdaun hijau, buah oren, kacang kering dan kacang polong.

Kalsium - Tulang kuat dan sihat

Ibu hamil dan bayinya memerlukan kalsium untuk tulang dan gigi yang kuat. Kalsium juga membantu menjaga peredaran darah serta sistem otot dan saraf agar berjalan lancar. Keperluan kalsium semasa kehamilan adalah sebanyak 1,000 miligram sehari. Untuk yang hamil di usia remaja pula, keperluan kalsiumnya meningkat ke 1,300 miligram sehari. Produk tenusu merupakan sumber utama kalsium. Selain itu terdapat banyak jus buah dan sarapan bijirin yang turut diperkayakan dengan sumber kalsium.

Vitamin D - Menunjang Kekuatan Tulang

Selain kalsium, Vitamin D juga memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu membina tulang dan gigi bayi anda. Ini kerana badan manusia memerlukan Vitamin D bagi tujuan penyerapan kalsium. Justeru keperluan Vitamin D bagi ibu hamil adalah sebanyak 600 IU sehari. Sumber-sumber utama Vitamin D termasuk lemak ikan, seperti salmon dan tuna selain susu dan jus oren.

Protein - Pembentukan Sel-sel Baru

Protein sangat penting untuk tumbesaran bayi anda khususnya apabila sudah memasuki trimester kedua dan ketiga. Pada dasarnya keperluan protein untuk ibu hamil iaitu sebanyak 71 gram sehari. Sumber utama protein termasuk daging, ayam, ikan dan telur. Pilihan lain termasuk kekacang, soya, tauhu, produk tesusu dan mentega kacang.

Zat Besi - Mencegah Anemia Semasa Kehamilan

Badan memerlukan zat besi untuk membina hemoglobin (Hb). Hemoglobin pula merupakan protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke tisu badan. Semasa kehamilan jumlah darah yang dihasilkan badan akan meningkat untuk menampung perubahan dalam tubuh dan membantu bayi agar bekalan darahnya dipenuhi menyebabkan keperluan zat besi turut meningkat sama.

Jika seseorang ibu hamil tidak mendapatkan zat besi yang secukupnya, gejala yang mungkin akan timbu termasuk lelah dan ketahanan badan yang lebih rendah dan lebih terdedah kepada jangkitan. Selain itu, risiko kelahiran pra-matang dan berat badan lahir rendah turut menjadi lebih tinggi. Ibu-ibu hamil memerlukan 27 miligram zat besi sehari yang boleh diperolehi daripada sumber seperti daging merah, ayam dan ikan. Sementara itu, pilihan lain sumber zat besi turut termasuk sarapan bijirin yang diperkaya zat besi, kacang-kacangan dan buah kering.

Walaupun vitamin prenatal biasanya mengandungi zat besi, dalam beberapa kes, doktor mungkin menyarankan pengambilan zat besi tambahan yang berasingan.

Secara amnya, zat besi daripada sumber haiwan seperti daging adalah yang paling mudah diserap. Untuk meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber tumbuh-tumbuhan dan makanan tambahan, pengambilan Vitamin C seperti jus oren, jus tomato atau strawberi sangat digalakkan. Harus diingati, sekiranya anda mengambilan makanan tinggi zat besi, sebaiknya jarakkan pengambilan tersebut dengan makanan yang mengandungi kalsium seperti susu kerana ianya akan mengganggu penyerapan zat besi. Sebaliknya jarakkan masa pengambilan.

Sekarang ni jom kita teliti pula Set Kehamilan Shaklee yang terdiri daripada:

  • Vitalea 
  • B Complex 
  • Vitamin C
  • Ostematrix
  • OmegaGuard (minyak ikan) - untuk kegunaan dari trimester kedua sehingga bersalin
  • ESP (optional)


Nampak tak bahawa Set Kehamilan Shaklee sudah cukup lengkap dan memenuhi keperluan setiap ibu hamil? Malah Set Kehamilan Shaklee turut mengandungi OmegaGuard sebagai sumber DHA & EPA yang penting bagi menyokong perkembangan otak dan penglihatan bayi. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kebaikan OmegaGuard bagi ibu-ibu hamil, sila klik DI SINI.

Oleh itu, jika anda memilih untuk mengambil Set Kehamilan Shaklee, anda tak perlu berasa khuatir sekiranya tidak mengambil vitamin tambahan lain kerana semuanya ada pada Set Kehamilan Shaklee. Sebagai contoh B Complex Shaklee sudah diperkayakan asid folik manakala keperluan zat besi anda akan dipenuhi oleh Vitalea. Vitamin C pula berfungsi dalam meningkatkan penyerapan zat besi yang terkandung dalam Vitalea. Kalsium dan Vitamin D boleh diperolehi daripada pengambilan ostematrix secara konsisten sementara bekalan protein ada dalam ESP.

Dengan penjelasan ini, maka tidak hairanlah jika makin ramai ibu-ibu di luar sana yang mula memilih untuk mengamalkan Set Kehamilan Shaklee di sepanjang tempoh kehamilan mereka. Perkara ini turut disokong oleh doktor pakar sakit puan seperti contoh di bawah:



Jadi, sekiranya anda sudah disahkan hamil, usah berlengah lagi. Jom dapatkan segera Set Kehamilan Shaklee bagi memastikan segala keperluan nutrisi harian anda dipenuhi. Mudah-mudahan perjalanan kehamilan anda menjadi suatu kenangan yang sangat manis sehingga di saat-saat akhir sewaktu kehamilan.

Jika anda berminat untuk mendapatkan Set Kehamilan Shaklee pada harga istimewa, anda boleh menghubungi saya melalui kaedah-kaedah berikut:
Berminat? Hubungi kami di 019 2404850 / Add FB saya https://www.facebook.com/lela.pinkish
& jangan lupa like fanpage saya https://www.facebook.com/taktehankumi  

HARGA ISTIMEWA MENANTI ANDA DAN KONSULTASI SECARA PERCUMA AKAN DIBERIKAN SELEPAS PEMBELIAN HANYA UNTUK CUSTOMER TAKTEHANKUMI TERSAYANG

No comments:

Post a Comment