Susu Ibu Adalah Anugerah yang Terhebat Di Dunia

Tugas utama seorang ibu selepas melahirkan bayi adalah memberikan susu ibu kepada anak tersayang. Jika di dalam kandungan, bayi bergantung sepenuhnya kepada ibu untuk menerima segala nutrisi yang diperlukan untuk tumbesarannya.
Sebaik lahir, organ si kecil masih belum terbentuk dengan sempurna. Justeru hanya susu ibu adalah makanan awal terbaik yang sesuai dengan organ penghadaman bayi. Memang ada ibu yang memberikan susu formula kepada bayinya atas faktor-faktor tertentu yang menghalang dia daripada menyusukan si comel tetapi seperti diketahui umum susu ibu adalah susu paling sempurna untuk bayi kerana khasiatnya yang sangat kompleks.
Antara masalah yang menghalang ibu daripada menyusukan bayinya adalah jumlah susu yang tidak mencukupi bahkan selepas dipam sekalipun, kuantiti susu yang keluar hanya sedikit sahaja. Beberapa langkah perlu dilakukan oleh ibu menyusu sekiranya mahu terus susu yang dihasilkan cukup untuk diberikan kepada si kecil. Antara langkah yang paling mudah iaitu menjaga pemakanan. Makan makanan yang kaya dengan khasiat agar ia menggalakkan pengeluaran susu ibu.
Ada beberapa jenis makanan yang dikatakan boleh meningkatkat pengeluaran susu ibu. Ibu disarankan mengelakkan pengambilan makanan pedas kerana ia memberikan kesan kepada penghasilan susu yang mengakibatkan bayi susah menghadamnya.
Berikut adalah senarai makanan yang disarankan kepada ibu menyusu agar meningkatkan penghasilan susu ibu.
Pelbagai sayur-sayuran
Ia sentiasa menjadi pilihan terbaik bagi ibu menyusu bayi. Sayuran yang digalakkan adalah brokoli, sawi putih dan lobak putih.
Buah-buahan
Selain sayur-sayuran, buah-buahan yang berkhasiat dan tinggi serat turut membekalkan sumber kalori sihat kepada ibu. Buah seperti epal, oren, betik dan bermacam lagi boleh dimakan setiap hari.
Bijirin
Ia mengandungi karbohidrat kompleks yang tinggi dan penting untuk meningkatkan bekalan air susu.
Buah-buahan kering
Buah-buahan kering seperti kismis, kurma, apricot, secara tradisional biasanya diberikan kepada ibu menyusu kerana kandungan kalorinya yang cukup tinggi. Ia membantu meningkatkan kalori di dalam badan sekaligus meningkatkan pengeluaran susu ibu.
Ikan
Ikan dianggap sebagai salah satu makanan terbaik yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu. Ikan kaya dengan kandungan lemak esential yang baik untuk badan. Anda boleh mempelbagaikan jenis masakan berasaskan ikan bagi membuka selera ketika makan.
Produk tenusu
Seperti sedia maklum, produk tenusu mengandungi khasiat kalsium yang tinggi. Produk tenusu termasuk susu, keju, yogurt, mentega membantu melancarakan penghasilan susu ibu.
Teh herba
Minuman teh dengan perisa chamomile atau peppermint lebih baik berbanding minuman lain. Ibu menyusu perlu mengelakkan minuman bersoda atau yang mengandungi bahan pengawet.
Selain daripada mengambil pemakanan sihat, ibu juga boleh mengamalkan urutan pada payu dara bagi membolehkan pengeluaran susu lebih lancar.
Vitamin tambah susu dan mineral buat ibu
Jika mahu mengambil Vitamin Penyusuan Shaklee, pastikan sudah melaksana semua yang diatas. Set Penyusuan bukan pil magic. Makan je terus memancut-mancut susu. Tujuan utama Set Penyusuan Shaklee adalah membantu ibu mendapatkan zat, vitamin dan mineral yang lengkap. Jadi badan ibu pun sihat, dan bertenaga. Boleh melaksanakan aktiviti menyusukan dan mengepam dengan lebih baik. Walaupun tidur tak cukup. Sebagai bonus, susu ibu akan menjadi lebih pekat (bayi cepat kenyang, tak payah menempel lama-lama), juga susu akan bertambah. Lagi sekali jangan harap makan Set Penyusuan baru sehari, susu dah melambak-lambak. Namanya juga usaha, jangan lupa mohon Allah berikan yang terbaik bagi ibu dan anak.
Testimoni 1;
Alhamdulilah, walau puasa sekalipun stok susu tidak pernah kurang malah makin pekat dan meriah. Rezeki dari Allah single pump apat 16oz. Walau sedang puasa sekalipun Puan Maslinda sentiasa memastikan penyusuan eksklusif akan dilakukan bagi memastikan penghasilan susu baru berlaku.
Testimoni 2;
3 bulan mencuba esp & alfalfa alhamdulilah susu Puan Nor Melati semakin meriah dan kulit baby qhalish juga semakin cerah dan gebu. Dan yang paling digemari beliau badan semakin slim dan kembali ideal.
Untuk testimoni banyak lagi , KLIK DISINI...
Berminat untuk order? PM saya sekarang di ;
Sms/Whatapp ke 019 2404850 (lela)
Email : norlela.masri@gmail.com
Add FB ; Lela Pinkish untuk berchatting secara langsung bagi sebarang pertanyaan berkenaan produk.
Like FANPAGE : taktehankumi.com untuk mendapatkan promosi, harga istimewa serta info-info percuma dari saya.
No comments:
Post a Comment