Wednesday, June 25

Badan Sihat...tapi Mudah Letih dan Lesu

Badan Sihat..tapi Mudah Letih

Tengok gambar baby yang letih atau mengantuk memang sangat comel kan.. Tetapi kalau tengok kita yang asyik letih dan mengantuk??? Hahahaha.. Anda jawablah dalam hati ya..



Saya asyik letih..
Bila tengok tajuk pun dah tau kan apa cerita yang nak dikongsikan hari ini.. “Saya asyik letih”…. “Saya selalu mengantuk”… “Saya kurang tidur”… Sekarang pula tengah musim bercinta dengan FIFA, lagi lah kronik keadaan tu..
 
Badan yang letih atau lesu ini berpunca daripada tidak cukup tidur, tidak cukup makan akibat diet yang ketat, tidak mengambil sarapan pagi, gaya hidup yang tidak sihat, pemakanan yang di ambil tidak seimbang, tekanan emosi atau kurang minum air masak (dehidrasi)..
 
Jadi untuk mengatasi masalah seperti di atas, saya galakkan anda untuk mengambil Set Kesihatan Optimum.. Apa yang ada di dalam Set Kesihatan Optimum ya? VITALEA (MULTIVITAMIN), B COMPLEX dan VITAMIN C..
Kenapa saya sarankan ketiga-tiga vitamin tersebut? 
Kerana VITALEA mampu menghasilkan tenaga segera yang boleh mengatasi masalah keletihan. Vitalea juga berfungsi sebagai pelengkap nutrisi harian akibat daripada pengambilan diet harian yang tidak seimbang. 
B COMPLEX pula akan menukarkan makanan kepada tenaga, sekaligus mampu mengurangkan masalah keletihan. Ia juga membantu tumbesaran sel-sel sihat terutamanya untuk ibu hamil.. B Complex juga mampu mengurangkan maslaah stress, sakit kepala dan kemurungan!. 
Jika anda senang dijangkiti selsema dan membuatkan badan anda tidak selesa, VITAMIN C boleh membantu menguatkan sistem imun badan anda. Ia juga mampu menghalang bakteria atau radikal-radikal bebas masuk ke dalam badan. Selain daripada itu kulit pengamal Vitamin C ini akan kelihatan sihat, muda dan sangat tegang.
 
Lengkap kan set ini, sebab itu pengamal set ini akan mendapat kesihatan yang OPTIMUM selari la dengan nama setnya kan.. Bila kesihatan dah optimum pastilah badan akan lebih bertenaga, cergas dan sihat.. Barulah produktiviti harian meningkat kan!
 Jom lihat testimoni  ni…
Puan Idayu rasa sungguh bertenaga walau sedang berpuasa setelah mengambil vitalea semasa sahur.



Puan Siti yang mempunyai masalah BP rendah diawal kehamilan bertukar gembira bila masa baru-baru ini BP beliau naik kepada 12.9 berbanding lepas.


Mahu ORDER dan MENDAFTAR boleh hubungi ;
Untuk testimoni banyak lagi , KLIK DISINI...

Berminat untuk order? PM saya sekarang di ;

Sms/Whatapp ke 019 2404850 (lela)
Email : norlela.masri@gmail.com
Add FB ; Lela Pinkish  untuk berchatting secara langsung bagi sebarang pertanyaan berkenaan produk.
Like FANPAGE : taktehankumi.com untuk mendapatkan promosi, harga istimewa serta info-info percuma dari saya.

Tuesday, June 24

First Time Puasa Menyusu Anak..

Tips Kekal Bertenaga, Cergas dan Kurang Hidrasi

Assalammualaikum,
Syukur dengan rezeki yang Allah bagi.. Kadang kadang kita hanya nampak rezeki tu datang dari bentuk duit, makanan yang sedap, kereta besar, rumah besar, kesihatan dan mcam-macam lagi lah.. Jangan lupa susu badan anda juga adalah rezeki dari Allah tau, jika anda tak pohon dari Allah memang susahlah Allah nak bagi.. Yakinlah, rezeki itu jaminan Allah. Jika anda ingin mengetahui tips membuat stok EBM, anda boleh lihat DI SINI.
Alhamdulillah sepanjang saya berpuasa ataupun mengganti puasa, kuantiti susu yang saya pam tetap meriah hasilnya. Masih kekal dengan 12oz sekali sesi mengepam dan saya tetap kekal bertenaga sepanjang berpuasa.. Syukur kepada Allah.. Ingin tahu tips mengekalkan kuantiti susu dalam Bulan Ramadhan??
Rahsianya adalah saya mengamalkan pengambilan Set Triple Gem..
Apa itu Set Triple Gem??

Set Triple Gem mengandungi :-
  • ESP – Milkbooster terhebat yang mengandungi sumber protein yang berkualiti tinggi yang boleh membantu penghasilan susu dengan cepat!
  • Mealshakes – Menyediakan 24 jenis vitamin dan mineral yang penting untuk tubuh.
  • PD – Mengekalkan kuantiti air dalam badan, memberi tenaga dan mengatasi maslah dihidrasi.

Untuk makluman anda semua, bukan sahaja ibu menyusu sahja yang boleh ambil Set Triple Gem tau….Set ini juga sesuai untuk seisi keluarga!!
Testimoni pengguna ini setelah mengambil PD + ESP:
Puan Sufiah yang mempunyai masalah Gastrik :



Puan Rohana yang sungguh berpuas hati berpuasa 
dengan PD + ESP;

Alhamdulilah...moga anda dan seisi keluarga dikurniakan kesihatan bai dan cergas di bulan Ramadhan.


Mahu MENCUBA DAN MENDAFTAR boleh hubungi ;
Untuk testimoni banyak lagi , KLIK DISINI...

Berminat untuk order? PM saya sekarang di ;

Sms/Whatapp ke 019 2404850 (lela)
Email : norlela.masri@gmail.com
Add FB ; Lela Pinkish  untuk berchatting secara langsung bagi sebarang pertanyaan berkenaan produk.
Like FANPAGE : taktehankumi.com untuk mendapatkan promosi, harga istimewa serta info-info percuma dari saya.

Friday, June 20

Tiada lagi Letih & Penat Ketika Puasa


Menyusu Ketika di Bulan Ramadhan

Ramai antara ibu-ibu menyusu bimbang sama ada mereka dapat menunaikan ibadah berpuasa. Menyusu badan ketika bulan puasa menjadi satu kebimbangan buat ibu yang menyusukan bayi. Bahayakah ibu yang menyusu berpuasa? Apakah tips untuk ibu menyusu kekal cergas ketika berpuasa?
tumblr_lz56vrS8tx1r93qnro1_500
Adakah berpuasa semasa menyusukan akan membahayakan bayi saya?
Tidak. Berpuasa tidak membahayakan bayi kerana badan anda masih boleh menghasilkan susu semasa anda berpuasa. Kurang pengambilan kalori sepatutnya tidak menjejaskan jumlah susu yang dihasilkan.
Malah, walaupun wanita yang menyusu badan itu tidak makan apa-apa selama 24 jam, ia masih tidak menjejaskan kuantiti dan nilai nutrisi susu mereka. Jika terdapat kesan berpuasa terhadap badan anda, anda pasti sudah merasainya terlebih dahulu dan tentu sekali anda perlu menghentikan puasa sebelum kesan itu menjejaskan penghasilan susu.
Bahaya puasa ketika menyusu badan?
Badan anda biasanya dapat bertahan jika anda berpuasa. Dalam satu kajian, ujian darah dilakukan terhadap sekumpulan kecil wanita yang berpuasa sepanjang bulan Ramadan. Wanita yang menyusu badan didapati mempunyai imbangan kimia dalam darah yang agak sama dengan mereka yang tidak menyusu badan atau yang sedang hamil.
Dehidrasi!
Dehidrasi boleh menyebabkan susu ibu berkurangan. Oleh yang demikian, ambil perhatian sewajarnya bagi mengelakkan keadaan ini berlaku dengan memastikan anda minum air yang secukupnya ketika bersahur dan berbuka puasa. Anda boleh mengagak bahawa anda sedang ternyahhidrat apabila:
  • anda rasa sangat dahaga;
  • air kencing anda berwarna gelap dan berbau kuat;
  • anda rasa seperti hendak pitam, lemah atau lesu;
  • anda mula sakit kepala atau mengalami kesakitan lain.
Tips Berpuasa bagi Ibu hamil 
❀ Minum banyak air
Semasa berbuka dan terutamanya semasa sahur. Ahli panel pakar BabyCenter dan kaunselor penyusuan badan, Jennifer Hor, menyarankan anda makan makanan yang mempunyai indeks glicemik (glycemic index - GI) yang rendah. GI ialah unit pengiraan bagi kesan karbohidrat pada tahap gula dalam darah. Karbohidrat yang terurai dengan cepat semasa penghadaman mempunyai GI yang tinggi manakala karbohidrat yang terurai lebih lambat dan melepaskan glukosa secara beransur-ansur ke dalam darah mempunyai GI yang rendah. Makanan yang rendah GI termasuk banyak jenis sayur-sayuran dan kekacang, kacang pis, mi dan nasi. (Sumber: Baby Centre)
 ❀ Berdoa
“Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku”.
❀  Elakkan Minuman Bikarbonat
Anda sememangnya digalakkan untuk minum banyak air ketika berpuasa tetapi hindari pengambilan minuman yang mengandungi banyak gula seperti air bikarbonat. Sama juga halnya dengan minuman berkafein. Ketahuilah bahawa kandungan gula dan kafein boleh mengganggu penghasilan susu ibu jika diambil berlebihan
❀ Makan Kurma Ketika Berbuka
Berbukalah dengan memakan kurma terlebih dahulu sekurang-kurangnya tiga biji. Amalan sebegini dapat membekalkan tenaga segera selepas berpuasa sepanjang hari.
===============================================
Ramai antara customer yang bertanya tentang Suplemen Persediaan untuk Berpuasa, saya sangat Sarankan Ibu Menyusu mengambil ESP & Performance Drink ketika berpuasa.
ESP + PD
Kenapa ESP Sesuai?
Kadar G.I (Glycemic Index) Shaklee ESP adalah serendah 39 sahaja!  G.I yang rendah memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan kita.  Mengekalkan pasras gula dalam darah yang rendah amat PENTING dalam proses pengurangan berat badan dan untuk penjagaan kesihatan dalam jangkamasa panjang.
Seperti yang kita tahu, selain membuat ibu-ibu kekal bertenaga, ESP juga adalah milk booster hebat untuk Ibu! Jadi tak perlu rungsing tentang susu lagi!
Selain ESP, Performance Drink juga disarankan untuk ibu menyusu yang ingin menjalankan ibadah puasa.
Performance Drink
Untuk mengelakkan dehidrasi yang teruk, amatlah penting untuk ibu mengambil makanan/minuman yang mengandungi jumlah cecair yang banyak. Bagi ibu hamil & menyusukan, sekurang-kurangnya 2 liter air sehari diperlukan bagi menjaga keseimbangan bendalir badan.
Kenapa Performance Drink, bukan minuman isotonik lain? Kerana ia mengandungi kuantiti gula yang rendah berbanding minuman isotonik di pasaran, dan tidak berkarbonat.
Antara TESTIMONIAL Ibu Menyusu tentang ESP & Performance Drink (PD)
Ibu 1: Badan Bertenaga hingga berbuka :)
300589_395364883910742_452816132_n
Ibu 2 : tidak rasa letih, kurang hidrasi walau sedang menyusu anak

Ibu 3: susu mencurah-curah walau sedang puasa setelah consume ESP + PD + SET B

Ibu 4: susu mantain walau sedang puasa, paling max setiap kali pam 18oz.
Mahu ORDER dan MENDAFTAR boleh hubungi ;
Untuk testimoni banyak lagi , KLIK DISINI...

Berminat untuk order? PM saya sekarang di ;

Sms/Whatapp ke 019 2404850 (lela)
Email : norlela.masri@gmail.com
Add FB ; Lela Pinkish  untuk berchatting secara langsung bagi sebarang pertanyaan berkenaan produk.
Like FANPAGE : taktehankumi.com untuk mendapatkan promosi, harga istimewa serta info-info percuma dari saya.


Monday, June 16

Tips Ibu Hamil


Tips Untuk Ibu Hamil


Semalam, saya dapat mesej dari member kamceng sejak zaman hingusan! Hahah..

Kawan : Lela, aku pregnant!!!! 
Saya : Alhamdulillah...tahniah wehhh!! 
Kawan : Aku takutlah Lela..takut nak p check up, takut nak bersalin..bla..bla..
Saya : Hang toksah merapuuu...!! Perut buncit adalah moment paling seronok seorang ibu okkk!!! 

Saat mendapat tahu bahawa ada satu lagi nyawa bersama kita adalah saat yang paling seronok! Saat yang paling indah! Maka, sebagai bakal ibu, anda perlu membuat persiapan yang sewajarnya bagi memastikan insan baharu berada dalam keadaan yang sihat, di samping anda juga dapat mengekalkan kesihatan pada tahap yang paling optimum.

Jom check beberapa langkah yang boleh diambil.

1) Buka buku pink! 
Buku pink - buku ibu mengandung, yang akan mencatat segala rawatan dan ubat-ubatan yang diterima oleh ibu. Buku pink ini juga akan mencatat tentang tumbesaran janin dalam kandungan anda. Pastikan anda membuka buku pink ini lebih kurang 10 - 12 week kandungan anda. Jangan terlalu lewat, kerana semakin kandungan anda membesar, semakin banyak yang perlu anda jaga. Tambah-tambah bagi ibu yang mengandung anak sulong. Banyak prosedur yang anda perlu patuhi, bermula dari proses mengambil darah, ujian air kencing, paras gula dalam darah, dan macam-macam lagi. 




2) Pemakanan yang seimbang
Saya akui waktu mengandung adalah waktu yang sangat mencabar. Tambah-tambah bagi ibu-ibu yang mengalami alahan. Saya? Alhamdulillah..tiada apa-apa alahan, tetapi selera makan tersangatlahhh tak boleh control. Perlu diingatkan bahawa, ibu-ibu tidak perlu "makan untuk 2 orang". Tapi amalkan konsep "makan bersama-sama". So, kalau makan sama-sama, kita akan share, share segala kebaikan nutrisi yang kita makan. Pastikan menu ibu-ibu seimbang dari segi karbohidrat, protein, tenusu, lemak dan lain-lain. 
Ibu-ibu yang berat badan naik secara konsisten iaitu 0.5kg setiap minggu dikira normal, tetapi jika berat badan ibu-ibu naik secara mendadak, proses EOD perlu dijalankan bagi mengelakkan berlaku sawan mengandung. 

*EOD - proses check tekanan darah, berat badan dan ujian air kencing. Dijalankan 2 hari sekali mengikut tempoh yang Doctor bagi. 



3) Pengambilan asid folic
Asid folic amat penting untuk tumbesaran janin dalam kandungan. Jika ibu-ibu tidak mengambil asid folic, bayi yang lahir akan mengalami kecacatan pada tiub neural - spina bifida. Apabila berlakunya spina bifida, bayi seoalah-olah mempunyai lubang pada bahagian tulang belakang, dan bayi hanya mampu meniarap dan tidak dapat menelentang dengan sempurna. Pembedahan akan dijalankan bagi membetulkan tulang belakang bayi dan kemudian bayi perlu menjalani rawatan fisioterapi. 

4) Bersenam
Mengandung tidak bermaksud anda tidak perlu melakukan senaman kerana perut anda yang semakin hari semakin besar. Ada beberapa teknik senaman yang boleh ibu-ibu lakukan seperti regangan sambil berdiri atau duduk, berjalan perlahan-lahan, senaman pelvik dan sebagainya. Percayalah, senaman akan membanti ibu-ibu ketika proses bukaan ketika contraction. :) 

5) Kurangkan pengambilan kafein 
Kafien seperti kopi, teh, atau minuman jenis cola akan menyebabkan risiko keguguran janin. Menurut pakar, kafien akan menyebabkan bayi lahir tidak cukup berat. Ibu-ibu boleh menggantikan minuman berkafein dengan minuman jus segar. Sedap dan menyihatkan! 

6) Rehat secukupnya
Ibu mengandung perlukan rehat yang berkualiti. Ini penting untuk menjamin tumbesaran bayi dalam kandungan. Pada awal trimester pertama, waktu rehat ibu tidak akan mengalami sebarang masalah, namun apabila perut semakin membesar, tidur menelentang bukan gaya tidur yang sesuai untuk ibu-ibu. Ibu-ibu perlu tidur secara mengiring - boleh menggunakan pregnancy pillow sebagai alat sokongan di bahagian perut. Jika terasa kaki mulai membengkak atau lenguh-lenguh, ibu-ibu boleh tinggikan kaki sedikit ketika tidur. 


Ok tak tips saya ni? Semoga dapat membantu ibu-ibu di luar sana ye. 
1 lagi saya nak share pasal vitamin untuk ibu mengandung. taktehankumi merangkap preggy women, please take note ya! Heheheh.. 


Antara vitamin yang dapat membantu kesihatan ibu ketika mengandung ialah : 

a) Vita lea - kaya dengan zat besi. boleh membantu ibu-ibu yang ada masalah dengan hb low. 

b) B-Complex - B-complex shaklee termasuk dengan Folic acid, dapat mencegah kecacatan tiub neural bayi

c) Vita C Plus - membantu meningkatkan pertahanan badan

d) Ostematrix - ini kalsium! Buat yang tak gemarkan bau susu, boleh consume ni. 

e) Omega Guard - bantu pembentukan IQ bayi anda sejak dalam kandungan 

f) ESP - bantu memberikan tenaga, tambah-tambah buat ibu-ibu yang mengalami alahan trimester pertama. 




Testimoni  set Kehamilan;

Puan Farah Ramadzan merasai perbezaan selepas mengambil Set kehamilan Shaklee. Beliau yang dulu cepat lelah, morning sickness yang teruk kini bertambah baik selepas seminggu mengamalkan Set Kehamilan Shaklee. Beliau yang berhasrat ingin menyusukan anak berpuas hati bila mendapati susu meriah, luka jahitan cepat sembuh dan ingin terus mengamalkan Shaklee untuk Set Berpantang pula. Terima kasih Puan Farah.

Puasa bakal menjelang tidak lama lagi, bagi momies yang sedang mencari  vitamin tambahan untuk persiapan menjelang Ramadhan terutama yang sedang mengandung untuk mengurangkan keletihan, lesu dan hydrasi sepanjang puasa nanti, boleh hubungi saya di :

Anda berminat?? Sila SMS/WHATAPP ke nombor yang tertera 019- 2404850

Jangan lupa untuk LIKE Fanpage saya di > https://www.facebook.com/taktehankumi <



Sunday, June 15

"Mataku Seperti 'Mata Panda'??!!..TIDAKK!!"

Tips Atasi "Mata Panda"

Akhir2 ni isu panda menjadi hangat, kesian panda kan dahla comel tak bersalah dia


Inilah yang akan berlaku bila 'mata panda' terjadi diwajah anda...


PUNCA2 TERJADINYA MASALAH LINGKARAN GELAP BAWAH MATA ATAU MATA PANDA


1. KURANG TIDUR  
Faktor pertama yang menyebabkan mata panda adalah kurang tidur. 

2. MAKEUP 
Jika diteliti masalah ini selalu terjadi pada wanita. Makeup yg berlebihan berpengaruh besar terhadap timbulnya mata panda lagi2 jika malas cuci muka.

3. TERDEDAH PADA SINARAN MATAHARI
Sinaran uv yg berlebihan boleh menyebabkan pigmentasi dan pembentukan melanin. Dengan kata lain, semakin terdedah pada panas matahari maka akan semakin banyak penghasilan melanin yang dapat menggelapkan bawah mata.

4. PENYAKIT
Faktor penyakit seperti anemia atau ginjal adalah antara punca terjadinya gelap di bawah mata. Oleh sebab itu, jika Anda memiliki mata panda sebaiknya berhati-hati dan cepat melakukan pemeriksaan doktor dgn lebih lanjut

5. KETURUNAN
Apakah ayah atau ibu Anda memiliki riwayat mata panda?
Jika ya, besar kemungkinan hal itu akan diwariskan kepada anda

TIPS RAWATAN DI RUMAH UNTUK MATA PANDA


TIMUN

Timun mengandungi astrigen yang boleh membantu menyegarkan mata yang bengkak atau sembab. Ambil hirisan timun dua keping (seelok-eloknya timun yang disimpan dalam peti sejuk). Letakkan hirisan timun di atas kelopak  mata dan biarkan selama 10-15 minit.

UNCANG TEH 

Teh-cuci uncang teh yang telah digunakan dan disimpan di dalam peti sejuk selama lebih kurang 10-15 minit. Letakkan pada bahagian mata yang sembab sambil berehat setiap kali sebelum dan selepas bangun tidur. Lakukan dalam tempoh 15-20 minit beberapa kali seminggu.

AIS KETUL

Ketulan ais juga boleh digunakan dengan menggosokkan ketulan ais pada bahagian lingkaran mata yang sembab atau bengkak secara perlahan-lahan mengikut arah bertentangan (ke arah dalam seperti lawan arah jam).

SUPPLEMEN CADANGAN UTK MASALAH LINGKARAN GELAP BAWAH MATA
VITAMIN C


Satu lagi perkara yang boleh menyebabkan terjadinya penggelapan di bawah mata adalahpenipisan kulit disebabkan oleh kehilangan kolagen di bawah setiap mata. Pengambilan vitaminC membantu dalam memerangi gelap di bawah mata dengan menguatkan salur darah danmenyokong dan mengekalkan kesihatan kolagen

Vitamin C shaklee 500mg yg mempunyai formula khas SUSTAINED RELEASED ini menjadikan kahsiatnya kekal dalam badan selama 5 jam. Vitamin C ini juga diperkaya dgn bioflavanoid bg meningkatkan lg penyerapan VITAMIN C dalam badan 



EKSTRAK BIJI ANGGUR HITAM

Ekstrak biji anggur mengandungi antioksidan dipanggil kompleks oligomerik proantosianidin, atauOPC, yang menyokong kesihatan saluran darah dan boleh membantu memudarkan lingkaran hitam, menurut laman web DailyGlow.com

Vitamin E shaklee diperkaya dgn grape seed ekstrak yg mana lebih kaya dgn antioksidaan dan boleh melancarkan lg peredaran darah 

Mari kita lihat testimoni yang telah berjaya dengan set "Mata Panda"


Testimoni 1;





Testimoni 2;




Testimini 3;




Testimoni 4;




Berminat dan ingin mencuba produk ini, boleh hubungi saya di;
Berminat? Hubungi kami di 019 2404850 / Add FB saya https://www.facebook.com/lela.pinkish
& jangan lupa like fanpage saya https://www.facebook.com/taktehankumi  

HARGA ISTIMEWA MENANTI ANDA DAN KONSULTASI SECARA PERCUMA AKAN DIBERIKAN SELEPAS PEMBELIAN HANYA UNTUK CUSTOMER TAKTEHANKUMI TERSAYANG





Friday, June 13

Makanan Yang Perlu dielakan bagi Ibu Hamil

MAKANAN YANG PERLU DIELAK SEMASA HAMIL.




Terdapat beberapa jenis makanan yang perlu anda elak untuk tidak terjebak dengan kesan sampingan sewaktu hamil. Dalam usaha menjamin keselamatan anda dan kandungan, ikuti panduan yang tertera.

Makanan mentah
Anda gemarkan makanan mentah seperti sushi? Jauhi makanan ini untuk sementara waktu. Pengambilan makanan mentah atau yang separa masak boleh menyebabkan komplikasi yang buruk seperti:

Toxoplasmosis
  • Penyakit yang disebabkan oleh parasit yang terdapat di dalam daging mentah dan sayur-sayuran tidak dicuci sempurna. Makanan seperti ini boleh menyebabkan jangkitan intrauterine yang serius kepada bayi.

Cirit-birit
  • Salmonella biasanya terdapat di dalam daging ayam dan telur yang tidak dimasak. Cirit-birit yang anda alami secara tidak langsung boleh membahayakan bayi sekiranya tidak dirawat dengan segera.

Jangkitan cacing
  • Pengambilan ikan mentah boleh menyebabkan jangkitan cacing. Walaupun tidak meninggalkan kesan langsung kepada bayi tetpai cacing akan memakan segala cat yang diperlukan oleh bayi.

Keguguran, kelahiran pra matang dan keracunan
  • Salah satu penyebabnya berpunca daripada bacteria listeria yang banyak terkandung di dalam keju yang tidak dipasteur dengan baik.

Vitamin A
Apa jua bentuk Vitamin A yang diambil melebihi 5000iu boleh menyebabkan kecacatan muka, kepala, jantung, dan saraf bayi. Sebagai langkah selamat, anda boleh mengambil beta karotena yang banyak terkandung dalam lobak merah. Makanan yang mengandungi banyak vitamin A speerti hati daripada sumber haiwan perlu dielak.

Raksa
Makanan laut seperti tuna, mackerel (kembung besar) dan beberapa jenis ikan bersaiz besar yang lain mengandungi kandungan raksa yang tinggi. Sekiranya pengambilan makanan yang megandungi raksa berlebihan, raksa boleh menyebabkan kerosakan bayi.

Gula
Pengambilan gula berlebihan akan menyebabkan anda menghadapi komplikasi kencing manis sewaktu hamil. Malah, perkara ini boleh menyebabkan berat badan bayi bertambah dan akan menyukarkan proses kelahiran.

Makanan yang diproses
Salah satu makanan proses yang popular ialah sosej. Sosej berkemungkinan mengandungi kandungan nitrat dan nitrit yang tinggi. Jadi, anda perlu mengurangkan pengambilannya.

Produk tenusu
Susu yang tidak dipasteur dan sesetengah keju boleh mengandungi bakteria listeria yang berkemungkinan menyebabkan keguguran di awal kehamilan dan kelahiran pra matang. Keju yang diyakini selamat keju keras seperti cheddar, edam dan parmesan. Begitu juga dengan mozzarella, feta, marscapone dan krim keju.

Kacang tanah
Inilah satu-satunya jenis kekacang yang perlu dielak sewaktu hamil kerana kacang tanah boleh meningkatkan alahan pada kacang dalam kalangan bayi. Jika ahli keluarga anda mengalami masalah alahan, elakkanlah kacang tanah.

Telur kuning
Telur kuning yang tidak dimasak sempurna dan masih kelihatan cair biarpun sudah dimasak mungkin mengandungi salmonella. Walaupun jarang memberi kesan kepada bayi, anda mungkin mengalami muntah serius, cirit-birit, demam dan dehidrasi. Jika ingin makan telur rebus, pastikan telur itu dimasak lebih kurang tujuh minit.

Testimoni Pengguna Shaklee;


Info produk, klik disini...

Untuk mendapatkan vitamin tambahan bagi melengkapi nutrisi yang diperlukan ibu mengandung agar kekal sihat da bertenaga sepanjang tempoh kehamilan, boleh hubungi saya di;

Anda berminat?? Sila SMS/WHATAPP ke nombor yang tertera 019- 2404850

Jangan lupa untuk LIKE Fanpage saya di > https://www.facebook.com/taktehankumi <