Percaya atau tidak, dengan minum air putih secukupnya, wajah, sakit kepala dan masalah penghadaman anda akan beransur hilang. Walaupun kita kerap kali didedahkan dengan kelebihan minum air putih, kita masih lagi malas untuk mengambil air putih sebagai minuman harian kita. Jom ikuti kisah Sarah, 42tahun hidupnya kini lebih bermakna selepas menukarkan rutin hariannya dengan mengambil 3 liter air putih selama 4 minggu! Jom kita sama-sama merungkaikan kelebihan mengambil air putih.

“Biasanya saya memulakan hari saya dengan secawan teh, saya mungkin mengambil segelas air putih ketika makan tengah hari saya dan sekali ketika makan malam, ia mungkin kira-kira satu liter air putih dalam masa 24 jam. Rasanya seperti banyak, tetapi nampaknya ia masih tidak mencukupi. Selepas bertahun-tahun menderita sakit kepala dan mempunyai masalah penghadaman saya bertemu pakar neurologi dan pakar nutrisi tentang sakit kepala dan masalah penghadaman saya dan mereka berdua memberitahu saya saya perlu minum sehingga tiga liter cecair sehari untuk badan saya berfungsi dengan baik”
Sumber: DailyMail

Kenapa air putih penting untuk kita?
1. Tubuh akan hilang 1.7 liter air sehari melalui proses pernafasan dan kumbuhan. Bayangkan jika anda cuma minum seliter atau kurang dalam sehari!
2. Otak manusia mengandungi 90% air
3. Darah manusia mengandungi 83% air
4. Otot manusia mengandungi75% air
5. Tulang manusia mengandungi 22% air
6. Air menstabilkan suhu badan
7. Air mengangkut nutrisi dan oksigen ke dalam sel
8. Air melembabkan udara dalam paru-paru
9. Air meningkatkan kadar metabolisma!
10. Air melindungi organ-organ
11. Air membantu organ-organ untuk serap nutrisi dengan baik
12. Air melindungi dan melembabkan rawan
2. Otak manusia mengandungi 90% air
3. Darah manusia mengandungi 83% air
4. Otot manusia mengandungi75% air
5. Tulang manusia mengandungi 22% air
6. Air menstabilkan suhu badan
7. Air mengangkut nutrisi dan oksigen ke dalam sel
8. Air melembabkan udara dalam paru-paru
9. Air meningkatkan kadar metabolisma!
10. Air melindungi organ-organ
11. Air membantu organ-organ untuk serap nutrisi dengan baik
12. Air melindungi dan melembabkan rawan
Apa yang berlaku sekiranya kita kekurangan air?
- Tubuh selalu kepenatan
- Sakit kepala yang kerap atau migrain
- Sembelit
- Ketegangan otot
- Tekanan darah yang tidak seimbang
- Masalah buah pinggang
- Kulit kering
- Risiko Kematian
- Sakit kepala yang kerap atau migrain
- Sembelit
- Ketegangan otot
- Tekanan darah yang tidak seimbang
- Masalah buah pinggang
- Kulit kering
- Risiko Kematian
Apa Kelebihan minum Air Putih selepas Bangun Tidur?
1 . Kulit menjadi cantik! Meminum air putih boleh meruntuhkan racun yang ada di dalam tubuh. Kulit yang kusam boleh menjadi berkilau jika anda rajin meminum air putih setelah bangun tidur. Selain itu , wajah anda juga boleh kelihatan cantik dengan kulit yang berkilau kerana air membantu membersihkan racun dalam darah.
2. Tubuh langsing! Untuk menjaga berat badan atau menjadikan anda langsing , meminum air putih setelah bangun tidur di pagi hari boleh menjadi penyelesaiannya. Rajin meminum air putih setiap pagi boleh meningkatkan metabolisme tubuh sebanyak 24 %
3. Usus menjadi lebih bersih. Saat bangun tidur di pagi hari, perut anda tentunya masih kosong, bukan? Meminum air putih dalam keadaan perut kosong boleh membantu memurnikan usus. Selain itu, boleh membuat usus jadi lebih mudah menyerap nutrisi makanan yang masuk seterusnya.
4. Darah akan bertambah Saat seseorang merasa lemah, anemia, atau pusing biasanya disyorkan untuk meminum air putih dalam jumlah yang cukup. Hal tersebut boleh membantu tubuh membentuk sel darah yang baru dan membantu pembentukan sel otot.
5. Menyeimbangkan sistem limpa Meminum air putih di pagi hari boleh membantu menyeimbangkan sistem limpa. Dengan menghidrasi tubuh, boleh memaksimumkan fungsi tubuh anda selama satu hari. Selain itu, air putih juga boleh mencegah jangkitan.

Wah..Banyak kan kelebihan minum air putih. Jom Amalkan Minum Air Putih!
No comments:
Post a Comment