Thursday, December 12

Tip Mengumpul Stok EBM Untuk Wanita Berkejaya. 

Lela "just wondering" ae macam mana agakya ibu-ibu yang berkerjaya membuat stok EBM untuk anak tersayang. Yelah dengan kerja, uruskan rumahtangga, uruskan anak-anak lagi bila masa mereka sempat buat stok EBM untuk ditinggalkan pada pengasuh sewaktu ketiadaan mereka bekerja. Lela tidak berkesempatan merasai saat sedemikian maklumlah seru dah sampai awal, habis jer belajar terus hubby masuk minang ajak khawin,heheh..Tapii...haa melalui pembacaan, pemerhatian, pengalaman dan "google search" dapatlah lela share dengan ibu-ibu atau bakal ibu yang bakal menimang cahayamata tidak lama lagidan juga ibu yang sedang menyusukan anak tentang tips bagaimana untuk mengumpul stok yang banyak semasa dalam pantang khusunya untuk ibu-ibu yang bekerjaya diluar sana.

Gambar di bawah ini adalah testimoni seorang kawan.. Sebelum bersalin beliau telah membuat persiapan dari segi fizikal dan mental yang mana beliau berhasrat untuk menyusukan anak sehingga anaknya berusia 2 tahun. Allah telah berfirman dalam surah Al Baqarah Ayat 233 yang bermaksud ;

" Para ibu hendaklah kamu menyusukan anakmu sehingga usianya mencecah 2 tahun, bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan "

Persiapan sebelum melahirkan

Untuk mendapatkan penghasilan susu ibu yang banyak adalah sesuatu yang perlu diusahakan. Penghasilan ini melibatkan otak, hormon dan tubuh badan kita yang kita tidak dapat kawal dengan butang 'on-off'. Perlu banyak usaha untuk memberi "signal" pada otak dan hormon. Lela nak kongsikan beberapa tips-tips bagi  ibu-ibu yang  berkerjaya untuk mengumpul stok EBM yang banyak. Moga pengisian dan tips berguna ini dapat memberi sedikit info dan manfaat kepada ibu-ibu ya:

1) Setkan minda untuk menyusukan baby dari awal lagi. Dapatkan ilmu dan fahami berkenaan konsep-konsep penyusuan sejak mengandung lagi terutamanya konsep 'Lebih kerap payudara dikosongkan-Lebih banyak susuibu akan terhasil'. Ini membuatkan anda lebih bersedia mengatasi sebarang cabaran.

2) Berinteraksilah dengan golongan ibu-ibu yang menyusukan anak. Ini secara tidak lansung mendorong anda untuk terus menyusukan anak anda. Menyertai kumpulan menyusu dalam Facebook adalah salah satu cara.

3) Persediaan awal sejak mengandung lagi, khasnya dalam mendapatkan badan sihat, cergas dan fit semasa pantang. Ini memerlukan pemakanan yang seimbang. Jangan abaikan supplement (baik dari doktor mahupun dari selainnya) ketika mengandung kerana ia adalah penyumbang kepada nutrisi dalam badan. Nutrisi inilah yang digunakan untuk perkembangan baby semasa mengandung dan juga untuk penghasilan susuibu.

4) Dapatkan pam yang sesuai dan efektif bagi anda. Pam sangat memainkan peranan yang penting bagi ibu yang ingin membuat stok EBM. Pam yang memberikan rasa tidak selesa kepada ibu ketika megepam susu boleh membuatkan emosi dan pegempaman susu terbantut. Oleh itu, pilihan pam sanagt penting untuk memastikan pengempam susu lancar dan penghasilan susu semakin baik. Dapatkan nasihat dari pakar atau sumber bacaan bagi pemilihan pam.

5) Hanya beri susu ibu pada bayi anda. Ini adalah kerana bayi anda sendiri sedang belajar cara menyusu, apa susu yang nak diminum. Jika baby terbiasa dengan rasa susu formula, mungkin baby akan menolak susuibu. Begitu jugalah dengan pengunaan botol susu atau puting, ini mungkin akan menyebabkan baby keliru puting dan seterusnya menolak penyusuan secara direct atau lansung dari ibu. 

6) Ambil peluang mengumpul stok semasa berpantang. Jika baby tidur pada waktu malam lebih dari 2 jam, anda boleh mengepam. Ataupun pam selepas bayi habis menyusu. Biarpun pada mulanya hanya mendapat 1 oz atau tiada lansung, lama-lama akan bertambah.

7) Satu lagi cara adalah beri baby di salah satu payudara dan pada waktu yang sama pam payudara yang satu lagi. Ini akan meningkatkan hormon penyusuan anda. Namun pastikan baby cukup minum ya. 

8) Jaga minum anda sepanjang perjalanan penyusuan. Air pastikan cukup, ikut rasa haus anda. Namun secara rawak, 8 gelas setiap hari. Tetapi jika anda mengambil supplement adalah lebih baik minum lebih banyak air, sekurang-kurangnya 3 liter.

9) Jaga pemakanan anda.Pelbagaikan makanan anda untuk memenuhi semua keperluan nutrisi. Pastikan ianya seimbang. Sekiranya anda ni jenis makan cincai, kurang makan sayur atau buah, tidak suka minum susu dan lain-lain lagi masalah pemakan, maka pengambilan supplement amat digalakkan. Cubalah mengambil supplemen SHAKLEE untuk memenuhi keperluan nutrisi harian anda.
Ingat, anda memerlukan 500 extra kalori untuk menghasilkan susuibu. Jadi jika nak diet, jangan amalkan makan sedikit tapi amalkan diet yang sihat: kurang minyak, kurang nasi, banyak sayur, protin dan kalsium cukup dlll.  

10) Cuba elakkan rasa stress. Dapatkan rehat yang cukup. Stress akan menyebabkan tubuh badan bekerja dua kali ganda dari biasa. Ini sudah tentu menjejaskan penghasilan susuibu.

11) Kosongkan payudara sekerap mungkin. Jika baby tidak menyusu, perlu pam untuk keluarkan susuibu. Ini adalah konsep no. 1... Kalau makan supplemen banyak-banyak pun, jika tiada permintaan untuk membanyakkan susuibu, maka penghasilan susuibu tidak akan bertambah atau dalam kes lebih teruk, akan berkurang.

12) Sekiranya anda bekerja, maka perlu ada masa untuk pam ditempat pekerjaan anda. Kalau boleh amalkan rutin yang sama pada setiap hari. Seperti contoh pam pada masa yang sama, minum air sebelum mengepam dan lain-lain lagi. Dan pamlah setiap 2-3 jam. 

13) Amalkan teknik Power Pumping.Ini telah membantu ramai ibu-ibu khasnya bila susu ibu mereka merundum dan ibu-ibu yang mengepam sahaja tanpa penyusuan secara lansung. 

14) Berdoalah ikut kepercayaan masing-masing. Kalau anda tidak mengamalkan doa, mungkin anda boleh setkan minda positif. Mungkin baca ayat seperti, "saya boleh tingkatkan hasil perahan saya" setiap hari..




Doa Perbanyakn Susu Badan;

Surah Al-Baqarah, ayat 60
Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu". Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air. Sungguh tiap-tiap suku telah mengetahui tempat minumnya (masing-masing). Makan dan minumlah rezeki (yang diberikan) Allah, dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi dengan berbuat kerosakan."

No comments:

Post a Comment