Memandangkan saya telah melalui proses bersalin, so entry hari ini saya nak share cara pernafasan yang betul( betul ker...) ketika hendak bersalin atau start contraction. Waktu usia kendungan saya dah masuk 7 bulan, saya mudah rasa letih dan lelah macam tak cukup nafas. So bermula dari hari tersebut saya belajar cara nak kawal pernafasan supaya dapat bernafas dengan baik dalam masa yang sama praktis untuk berdepan dengan hari bersejarah yang bakal mengelarkan saya seorang ummi. Jika anda sedang menunggu kelahiran ke 2, 3 dan berikutnya pastinya anda lebih banyak pengalaman dari saya kan? Jika ada anda boleh share dengan pembaca bersama ye..jangan malu jangan segan..
Pada awal hamil anak saya dulu, serius saya tidak tahu apa-apa pun pasal teknik pernafasan untuk bersalin or apa perlu saya buat. Kenapa?? Sebabnya saya tidak mencari info berkenaan process bersalin ni. Lagi satu, saya terasa ngeri nak tonton video-video bagaimana process bersalin itu, kalau tidak mengenagkan saya bakal melahirkan anak silap-silap ke hari ini saya tidak berani untuk menonton. Tetapi apabila masuk minggu ke 37 kehamilan, saya curi-curi tonton video proses bersalin (hahah..curi-curi uoalls, macam tengok video apa jer kan), sedikit demi sedikit persaan ngeri dan takut itu hilang silih berganti bertukar menjadi tersentuh, bersyukur dengan ciptaan dan kurniaan Allah.
TIP: Jika anda ngeri atau takut untuk menonton video kelahiran anak, cuba tonton video " bagaiman ciptaan manusia" yang bermula dari segumpal darah, insyallah persaan itu akan hilang sedikit demi sedikit dan bertukar kepada semangat dan kekuatan untuk bersalin nanti.
Sewaktu kelahiran anak pertama saya dahulu, mungkin banyak kesilapan saya dari segi pernafasan semasa meneran sampai 4 kali saya push dan anak saya hampir-hampir nak kena vacuum sebab doktor risau saya letih dan bayi lemas. Tapi bila dengar effect vacuum kepala bayi akan benjol terus datang semangat push sehabis mungkin..Hehehehehe. Jadi, melalui pengalaman yang lepas saya nak kongsikan bersama bakal-bakal ibu yang akan melahirkan tidak lama lagi berkenaan pengetahuan bagaimana mengawal dan mempelajari teknik pernafasan ketika ingin bersalin.
Sebagai penyelesaian melalui pembacaan, memang teknik dia lebih kurang sama je. Cuma cara ia dipersembahkan je lain. Jom ikuti " kelas pernafasan yang betul semasa meneran", (kelasss kaw jah )
1. Masa kita rasa start nak sakit. ( awal-awal la )
Time ni kita tarik nafas dalam-dalam ikut hidung, then keluarkan nafas ikut mulut. Macam kita makan cili yang sangat pedas, mulut kita akan terbentuk menjadi O, tinggal lagi awak sakit sebab contraction so tarik nafas dari hidung dengan panjang dan keluarkan melaui mulut dan berbunyi "fuuhhuu...." macam kita tiup lilin.
2. Ketika dah rasa kontraksi makin kerap and semakin sakit
Time tu cuba tarik nafas pendek dengan cepat dan lepas. Pendek-pendek je. Tarik nafas pendek ikut mulut, lepas pun ikut mulut. Gaya macam kita tengah berjogging, nak bagi jantung seimbang sambil berjogging kan kena tarik nafas..haaa..macam tula. Sebab apa tarik dari mulut dan lepas dari mulut? Bila contraction ditambah rasa sakit, pernafasan dari dalam (melalui hidung) tidak dapat dilakukan dengan sebaik mungkin kerana anda akan lebih fokus kepada kesakitan. Oleh itu pernafasan melalui mulut dan lepas melalui mulut adalah jalan yang terbaik dan mengurangkan kesakitan.
3. Bila rasa macam nak meneran tetapi belum tiba masanya lagi.
Waktu ini tarik nafas 2 kali terus melalui hidung, dan keluarkan melalui mulut. Tarik nafas dan hembusan tu pendek-pendek je. Ala-ala ‘sniff’, ‘sniff’, ‘fuhhhh’. Bila takde rasa nak meneran, hembuskan nafas yang lembut anda macam biasa. Jika tidak rasa sakit untuk teran, kumpul sebanyak mungkin nafas anda untuk bekalan waktu meneran.
4. Bila tiba masa meneran
Cara pernafasan dia adalah tarik nafas dalam-dalam melalui mulut, sebab oksigen masuk lagi banyak melalui mulut berbanding ikut hidung.. Then baru push sambil lepas nafas perlahan-lahan dengan satu nafas supaya bayi tak tersekat dan betul-betul keluar. Buat muka bengis, geram tanda anda betul-betul meneran.
Teran tanpa mengeluarkan suara dan sekiranya kehabisan nafas semasa meneran, jangan lepaskan kesemua nafas, terus tarik nafas semula. Ini bagi mengelakkan bayi masuk ke dalam semula. Semasa meneran tu dua-dua tangan pegang pada buku lali dan masa meneran tu, kita tengok perut kita masa angkat kepala dan dagu cecah dada. Ini untuk elakkan dari kita angkat punggung. TIP; pastikan semasa anda meneran, teranan anda dilepaskan kebawah (kemaluan) bukanya didada mahupun tekak. Sebab saya pernah buat macam tu, tapi bila nurse tegur saya tak buat lagi dah. Sebab apa? sakit tekak dan dada satu hal, lagi satu masalah besar bila anda tidak teran kebawah, bayi tidak keluar sebab motif utama teran nak keluarkan kepala bayi,kan? 
Oh… saya ada jumpa dari mana saya tak ingat, huhuhu lupa la… adeh… kedudukan/ posisi suami ketika isteri ingin meneran ( kalau suami ada masa process kelahiran tu ) dalam membantu isteri. Ha, tip ini sangat berguna. Alhamdulilah, suami saya telah aplikasikannya sewaktu saya ingin melahirkan sebelum saya beritahu, kalau tidak memang saya tak tahu,heheh..
- Sebelah tangan pegang bahu isteri untuk dijadikan sebagai tempat menyandar (isteri boleh bersandar dilengan suami supaya terasa lebih selesa). Dan sebelah tangan lagi tekan lutut isteri untuk mengelakkan isteri mengangkat punggung semasa meneran (elakkan koyakan).
- Suami juga boleh duduk dibelakang isteri untuk menampung/ membantu isteri untuk pegang lutut dan mencapai dagu ke dada bagi memudahkan proses bersalain. Dalam masa yang sama, bahagian pinggang perlu ditekan untuk mengelakkan punggung isteri dari terangkat (elakkan koyak lebih besar).
Jadi… inilah perkongsian untuk hari ini. Pringatan untuk saya dan suami untuk bayi berikutnya saya akan cuba parktiskan…
Jangan khuatir atau berasa takut ye, bersalin ini umpama kita menegakkan agama islam, Jihad para ibu ketika bersalin. Dan untuk pengetahuan anda, apabila sakitnya ibu itu ketika bersalin, maka beguguran dosa-dosanya seiring kesakitan yang dialami. Tengok betapa besarnya kebesaran dan kuasa Allah dengan memertabatkan para ibu. Sebab itu syurga anak dibawah tapak kaki ibu. Mengandung, bersalin ini umpama kita makan sambal belacan..walau pedas, menyengat tapi ia tetap sedap dan pasti akan makan lagi (faham-fahamlah maksudnya ye).
Lagi satu, ni hanya sekadar panduan pada kita sahaja untuk mencuba dan usaha agar diri kita tenang. Keadaan sebenarnya macam saya cakapla, hanya Allah SWT yang tahu. Setiap orang ada pengalaman mereka tersendiri, dan pengalam itulah yang mengajar kita dan mendewasakan kita untuk buat lebih baik pada masa akan datang. Walaupun kita dah cuba hafal , ingat dan berlatih, mungkin kita akan lupa jua bila sakit tu menyerang. Apa-apa pun pesanan dari saya, siapakn diri dari segi fizikal dan mental untuk berjuang ke rumah Allah.. Semoga ibu-ibu yang sedang menunggu hari ini dipermudahkan proses kelahiran oleh Allah S.W.T..Aminnn!!
No comments:
Post a Comment