Berat bayi yang melebihi 4.5kg dikategorikan sebagai kadungan yang besar, berbanding purata saiz bayi normal iaitu 3.4kg. Adalah sukar untuk mengetahui berat sebenar bayi ketika ia didalam rahim. Saiz bayi yang besar atau dikenali sebagai macrosomic hanya boleh ditentukan oleh doktor yang mempunyai pengalaman dan ilmu berkenaan perkembangan bayi melalui ujian ultrabunyi yang dibuat setiap kali pemeriksaan ibu. Apatah lagi, kajian menunjukkan bahawa lima (5) daripada 10 peratus kandungan didapati bersaiz besar selepas ujian ultrabunyi dilakukan.
Terdapat beberapa faktor yang boleh menjadi punca kepada masalah bayi besar iaitu ;
- Faktor genetik ; Jika anda dilahirkan bersaiz besar, berkemungkinan anak yang anda kandungan berisiko bersaiz besar. Ini kerana, faktor genetik memainkan peranan yang kuat kerana ia membawa kepada baka turun-temurun dari keluarga anda. Ditambah kuat baka ini apabila anda suami isteri genetik yang memang bersaiz besar.
- Faktor diabetis ; paras gula didalam badan juga mempengaruhi pembesaran saiz bayi didalam rahim. Jika ia tidak dikawal dengan baik dan teratur ibu yang mengandung boleh terkena diabetis dan memberi kesan kepada tumbesaran anak.
- Faktor etnik ; Faktor-faktor lain yang boleh meningkatkan risiko bayi besar berpunca daripada etnik di mana wanita yang berketurunan darah Sepanyol lebih berisiko tinggi berdepan dengan punca kandungan besar.
- Obesiti ; Apabila paras gula tidak dikawal secara baik dan indeks jisim badan (BMI) kearah overweight kandungan anda berisiko diberi suntikan untuk mempercepatkan kelahiran dari tarikh yang dijangkakan akan bersalin atau dikenali sebagai induced. Ia bertujuan untuk mengelekkan bayi dan ibunya berdepan dengan sebarang komplikasi.
- Faktor jantina ; Menurut orang-orang tua dahulu, jika anda mengandungkan anak lelaki perut/kandungan anda akan kelihatan lebih besar berbanding bayi perempuan.
Risiko yang dialami mengandung bayi bersaiz besar
- Selalunya jika anda mengandungkan anak bersaiz besar, anda berisiko untuk berhadapan dengan kesukuran untuk melahirkan anak. Apabila bayi anda bersaiz besar terdapat banyak komplikasi yang mungkin akan berlaku seperti ;
- perineum koyak
- pendarahan semasa kelahiran
- pendarahan dibawah kulit kepala - patah tulang, lemah atau lumpur anggota badan Erb's Palsy yang mana ia berkait rapat dengan kecederaan saraf flexus berhampiran dengan kawasan bahu.
- masalah yang sering berlaku apabila bayi bersaiz besar seperti shoulder dystocia yang mana bahunya tersnagkut di tulang pubik.
- selalunya jika anda mengalami situasi begini, doktor akan meminta anda melahirkan bayi secara caesarean untuk mengelakkan sebarang komplikasi kepada bayi dan juga ibunya.
- Tetapi jangan risau, anda juga boleh melahirkan secara normal iaitu doktor akan menyarankan anda melahirkan anak lebih awal dari tarikh kelahiran sepatutunya secara induced.
- Kajian yang dibuat 88% ibu yang mengandung bayi bersaiz besar selamat melahirkan anak secara normal .
- Jika proses melahirkan memakan masa yang lama lebih daripada masa yang sepatutnya, dikhuatiri bayi kurang oksigen untuk dibawa ke otak dan boleh menyebabkan kesan secara berpanjangan secara fizikal dan mental yang mana boleh membawa kepada kecacatan sehingga menjadi hilang upaya.
No comments:
Post a Comment