Tabiat asyik hendak mengunyah makanan di kalangan ibu hamil memang perkara biasa. Jangan risau tentang hal ini tetapi awas, pastikan kudapan yang dikunyah itu kaya dengan khasiat!
Dua kali sehari makan snek, penting bagi ibu hamil untuk melengkapkan keperluan nutrisi. Sebaiknya kurangkan snek yang terlalu manis, tinggi kalori tetapi kosong khasiat, terlalu masin kerana jika terlebih ibu berisiko mendapat hypertension atau mengalami kaki bengkak.
Berikut adalah pilihan snek yang boleh masuk dalam senarai makanan yang hendak dikudap setiap hari;
Roti penuh gandum. Dua keping roti mengandungi sebanyak 600 kalori yang cukup mengenyangkan ibu hamil. Roti penuh gandum kaya dengan magnesium untuk membantu mengoptimakan penyerapan kalsium agar dapat menambah kepadatan dan menguatkan struktur tulang janin. Sementara, zink bermanfaat untuk membantu pertumbuhan sel-sel janin. Saranan pengambilan: dua keping roti sehari.
Telur. Inilah adalah sumber vitamin D terbaik untuk meningkatkan ketahanan tubuh badan yang kadang kala menurun semasa mengandung. Vitamin D juga membantu penyerapan kalsium. Selain itu, telur mengandung vitamin A, B Kompleks dan sejumlah mineral seperti zat besi, fosforus, kalsium dan sodium. Kuantiti pengambilan sebanyak sebutir telur setiap hari. Hindarkan telur mentah atau setengah masak kerana berisiko mengandung bakteri Salmonella.
Salmon. Ikan ini memang terkenal mempunyai kandungan asid lemak tak tepu Omega-3. Nutrisi tersebut sangat baik untuk pembentukan sel-sel tubuh dan saraf otak janin. Selain itu salmon juga kaya protein, kalsium, fosforus dan vitamin D. Kuantiti disarankan iaitu tidak lebih daripada 350 gram (2 sampai 3 bahagian) seminggu. Jangan makan ikan salmon mentah keraena berisiko tercemar bakteri E. Coli dan Salmonella.
Bayam. Sayuran ini terkenal mengandungi banyak asid folate, yang membantu mencegah janin mengalami spina bifida atau masalah kelainan pada tiub saraf (neural tube defects)
Blackcurrants. Blackcurrants kaya vitamin C yang dapat membantu pertumbuhan kelenjar, tulang dan pembuluh darah janin. Cadagan hidangan iaitu 50 miligram sehari atau lebih kurang satu sudu teh.
Ubi keledek. Ubi kaya dengan vitamin A yang berguna untuk pertumbuhan sel-sel tubuh dan sistem kekebalan tubuh janin. Juga kaya dengan beta karoten yang akan diolah oelh badan menjadi vitamin A, dan Retinol sebagai salah satu jenis vitamin B. Cadangan hidangan iaitu sebutir sederhana sehari.
Minuman berkhasiat dan mengenyangkan. Minuman tersebut perlulah mempunyai segala nutrisi yang diperlukan untuk ibu bagi memberi tenaga kepada ibu untuk melakukan aktiviti seharian selain mengenyangkan. Dengan peredaran zaman yang semakin canggih ini, banyak produk yang membekalkan tenaga kepada ibu mengandung selain ia selamat dalam masa yang sama dapat mengawal berat ibu semasa mengandung. Tetapi perlu diingati, dapatkan nasihat dari doktor sebelum anda mengambil sebarang minuman semaa hamil.
No comments:
Post a Comment