Friday, May 16

RELAKTASI susu ibu

APA ITU RELAKTASI?

apa itu relaktasi?

Relaktasi adalah proses mengembalikan susu badan.ada bermacam-macam faktor yang membuatkan seseorang ibu itu ingin mengembalikan susu badannya.antaranya mungkin bayi tidak mahu menyusu botol,ibu yang mengalami masalah kesihatan dan banyak lagi.relaktasi ini adalah satu usaha yang sangat mulia bagi ibu-ibu yang sanggup "berrelaktasi" ni...pengorbanan seorang ibu bukan shj melahirkan malah memberi susu juga amat mulia disisi agama,,jadi anak-anak hormati dan sayangi ibumu,,,,



relaktasi bukan sesuatu yang mudah dilakukan ia memerlukan keazaman dan kesabaran suami dan keluarga  juga harus memainkan peranan membantu isteri dan ibu tersebut.

definisi relaktasi(relactation) menurut Dr. jack Newman

Relactation refers to restarting breastfeeding with the same baby after it has been stopped for some reason.

antara sebab-sebab utama sesetengah ibu berusaha untuk relaktasi semula adalah kerana bayi tidak sesuai dengan susu formula,masalah kesihatan bayi,kekesalan ibu kerana berhenti menyusukan bayi terlalu awal atau mungkin kerana perubahan tugas seperti berhenti kerja dan menjaga bayi sepenuh masa.

usia 6 bulan ke bawah adalah usia yang realistik untuk kejayaan relaktasi namun ibu-ibu perlu berusaha keras untuk relaktasi jika usia bayi lebih daripada 6 bulan,
dalam usaha untuk menjayakan relaktasi ini ada dua perkara yang ibu perlu ambil perhatian:::

1)memujuk bayi untuk kembali menyusu daripada payudara ibu.
2)mencetuskan penghasilan susu atau meningkatkan penghasilan susu jika susu ibu kurang.

kebarangkalian untuk kejayaan relaktasi bergantung kepada beberapa faktor;
========================================================

faktor (1) -pengeluaran susu sebelum berhenti

~ jika ibu pernah menghasilkan susu yang banyak sebelum berhenti menyusu dulu,kemungkinan untuk menghasilkan susu semula adalah lebih tinggi.

~ namun begitu jika bayi berhenti menyusu dahulu kerana ibu "kurang susu" ,ibu masih boleh mencetuskan susu semula kerana kemungkinan "kurang susu" berlaku kerana kesilapan teknikal.


faktor (2) -berapa lamakah bayi sudah berhenti menyusu daripada ibu?

~semakin lama bayi berhenti menyusu,semakin sukar untuk memujuknya kembali menyusu badan ibu.

~memang lebih sukar untuk memujuk bayi yang lebih besar untuk kembali menyusu susu ibu kerana kebiasaan yang selesa dengan penyusuan botol dan susu fomula.

~namun begitu ibu-ibu masih boleh berusaha untuk relaktasi,walaupun tidak berjaya untuk menyusu secara eksklusif tetapi sekurang-kurangnya sedikit itu lebih baik daripada tiada langsung.


faktor ( 3) -berapa lamakah tempoh bayi pernah menyusu daripada payudara ibu?

~semakin lama tempoh bayi pernah menyusu daripada ibunya semakin mudah untuk memujuknya menerima susu ibu semula.

~jika bayi pernah menyusu secara eksklusif selama 16 minggu (4 bulan) lebih mudah untuknya kembali menyusu daripada ibu berbanding bayi yang hanya menyusu selama 2 bulan shj.

~namun sekali ditegaskan ibu-ibu masih boleh berusaha untuk relaktasi.

faktor (4) -kesediaan ibu

~relaktasi memerlukan kesediaan yang bersungguh-sungguh darpada ibu .

~ibu yang tidak bekerja memang lebih mudah untuk relaktasi kerana relaktasi memerlukan usaha dan kesabaran yang tinggi.

~sesetengah ibu yang bekerja mengambil cuti panjang untuk menjayakan relaktasi ini.

bagaimana caranya?
==============

1) Relaktasi apabila bayi bersedia menyusu daripada payudara ibu jika bayi dapat menerima puting ibu maka usaha relaktasi menjadi lebih mudah.

bagaimana melatih bayi menerima payudara ibu semula?
========================================

1) Kebiasaannya ibu-ibu mula melatih bayi menerima payudara pada waktu malam sebelum tidur.

2) Tawarkan puting payudara ibu pada ketika bayi dalam keadaan relaks,tidak terlalu lapar,tidak terlalu mengantuk,dalam bilik yang agak gelap dan tiada gangguan bunyi bising.

3) Ambil masa untuk mendakap ,membelai dan mengusap bayi dengan lembut dan mesra.

4) Jadikan sesi penyusuan sebagai sesi yang membahagiakan .

5) Jika bayi menolak payudara ibu janganlah ibu berputus asa,bersabar dan cuba lagi.

6) Jangan memaksa bayi menerima payudara ibu kerana ini akan menyebabkan bayi stress.


Ada 2 jenis paten penerimaan bayi terhadap payudara ibu
=========================================

1) B
ayi menghisap puting payudara ibu untuk ketenangan seolah-olah seperti menghisap pacifier(puting kosong) dan bayi tidak kisah dengan pengeluaran susu ibu yang sedikit.

2) Bayi menerima payudara ibu kerana merasa ada susu dihasilkan tetapi berhenti sebaik saja penghasilan susu berkurang.

{paten 1}

~jika bayi hanya menghisap payudara untuk menenangkannya ibu-ibu wajar memberhentikan pemberian puting kosong secara perlahan-lahan.gantikan dengan penyusuan daripada payudara ibu.

~namun begitu ibu masih perlu menggunakan lactation aid(sejenis peralatan khusus) yang diisi dengan susu formula.


~biarkan bayi  menghisap payudara ibu untuk merangsang penghasilan susu ibu.

~jika susu ibu dihasilkan dengan baik ,kurangkan pengaliran susu melalui lactation aid.

{paten 2}

~sebaliknya jika bayi menghisap payudara ibu kerana mahukan susu ibu,lactation aid yang di isisikan susu formula boleh digunakan.

~susu formula di dalam lactation aid perlu diberikan supaya bayi tidak mengamuk kerana kekurangan susu.

~rasionalnya ialah jika bayi mengamuk dia mungkin menolak terus payudara ibu maka ransangan terhadap payudara ibu tidak dapat dilakukan.

~jika bayi terus mengamuk dan tidak mahu menyusu lagi dairpada payudara ibu janganlah ibu berputus asa.tawarkan susu formula kepada bayi tetapi beri bayi minum menggunakan sudu/cawan dan bukannya botol dan puting tiruan kerana bayi akan keliru dan usaha untuk mengembalikan bayi kepada penyusuan susu ibu akan terganggu.

2-relaktasi apabila bayi tidak mahu menyusus daripada payudara ibu
==================================================

~jika bayi tidak mahu menyusu daripada puting payudara ibu ,harapan ibu adalah kepada usaha peningkatan susu penghasilan susu ibu.

~jika susu ibu bertambah kemungkinan untuk bayi kembali menyusu daripada ibu adalah lebih cerah.

~atau sekurang-kurangnya ibu boleh memerah susu dan memberikannya kepada bayi.

~dalam pada itu ibu boleh melatih bayi secara perlahan-lahan untuk kembali menyusu terus daripada ibu.

bagaimana nak meningkatkan penghasilan susu?

1-pam kerap/perah.
2-makan makanan berkhasiat dan seimbang,
3-makan makanan penambah susu seperti fenugreek,lobak putih
4-menggunakan ubat-ubatan(minta nasihat doktor)seperti domperidone(motilium)
5-kurangkan stress.
6-sentiasa berfikiran positif.

kesimpulannya:::relaktasi bukanlah sesuatu usaha yang mudah.ia boleh mengambil masa secepatnya 2 minggu atau selewat-lewatnya sebulan untuk berjaya atau langsung gagal.namun ibu-ibu wajar berusaha dengan yakin dan bersungguh-sungguh jika benar-benar mahu menjayakan penyusuan semula kepada bayi.minta nasihat doktor atau pakar laktasi untuk bimbingan yang lebih sempurna.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~SELAMAT MAJU JAYA IBU~~~~~~~~~~~~~~~

~salah faham tentang penyusuan susu ibu ? klik sini

~tips buat ibu yang nak berrelaktasi semula klik sini

Thursday, May 15

Kecantikan Adalah Rahsia Kejelitaan

Bebas Parut Dengan Set Kecantikan  Shaklee.
Bebas Parut Dengan Set Kecantikan Shaklee.












Alhamdulillah, semakin banyak feedback yang positif saya terima daripada pengguna Set Kecantikan Shaklee. Hari ini saya nak share dua lagi testimoni daripada pengguna. Sebelum itu, jom tengok apa yang ada dalam Set Kecantikan Shaklee ni..
  • Vitamin E Complex - Anti Aging, mengurangkan kedut, garis halus, menghilang kan jerawat dan jeragat,  memperbaiki parut dan mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka.
  • Vitamin C - Anti Aging, mendapatkan kulit yang cerah, menyekat pembentukan pigmen, meransang pembentukan kologen untuk mendapatkan kulit yang tegang.
  • Vitamin B Complex - Mengatasi Stress dan menyebabkan muka nampak ‘glowing’ dan berseri.
Untuk mendapat kesan yang pantas, saya galakkan anda untuk mengambil ESP sebagai tambahan kepada Set Kecantikan Shaklee ini kerana ESP kaya dengan protein yang mempercepatkan penghasilan sel sel baru dan juga mampu memudarkan parut. Kulit anda akan kelihatan lebih gebu, cerah dan CANTIK!!!
Testimoni Cik Adawiyah : Kepuasan hati dapat dirasai bilamana kulit halus
bila disentuh dengan tangan. Setelah mengamalkan VITA C, ESP, B COMPLEX, dan GLA kulit semakin cantik berseri.


Testimoni Puan Suzie ; Guna produk berjenama dan mahal sekalipun walau 
kesihatan dalam tidak dijaga pastinya ia memberi kesan 
diluaran juga. Kini tiada lagi jerawat, dan keihatan kulit juga semakin baik setelah mengamalkan set kecantikan Shaklee.

Menarikkan?
Tak perlu berhabis beribu ribu ringgit dan membuat bermacam macam rawatan… Anda hanya perlu supplemen yang mampu membersihkan kulit anda daripada dalaman…Masih tak percaya??
Kalau anda masih tidak percaya, boleh lihat testimoni pengguna lain DI SINI.



Untuk membuat pesanan mahupun untuk info lanjut, sila hubungi saya melalui

Mahu ORDER dan MENDAFTAR boleh hubungi ;
Berminat untuk order? PM saya sekarang di ;

Sms/Whatapp ke 019 2404850 (lela)
Email : norlela.masri@gmail.com
Add FB ; Lela Pinkish  untuk berchatting secara langsung bagi sebarang pertanyaan berkenaan produk.
Like FANPAGE : taktehankumi.com untuk mendapatkan promosi, harga istimewa serta info-info percuma dari saya.


Wednesday, May 14

Sayangi Kulit Anda Dengan Oren 500MG

BEST NYA DAH TAK PERLU SOLEK TEBAL-TEBAL LAGI!!!!!!! CANTIK DENGAN vitamin C~~~~

Assalammualaikum hai semua!!!!!!

memiliki kulit yang halus mulus dan licin adalah idaman setiap orang,,,tak kira lelaki atau wanita,,,,hmm...pastinya kita akan terasa bila ada yang tanye "eh,,kenapa muka kau asyik naik jerawat",,,,,

Wooo!!!!!! kebabooommm!!!! kini dengan adanya vitamin C shaklee anda akan tersenyum riang bila ada yang memuji kulit anda!!!!!


Jangan jeles lagi!!!! kini anda juga mampu memiliki kulit sihat dan bebas jerawat@-@

apa yang best dalam set skincare ni????

SET D (SKINCARE SET) terdiri daripada :

B-Complex : 
-Menstabilkan hormon & mengurangkan stress yang boleh menganggu kulit dan menyebabkan jerawat!
-B for Beuty! Kekurangan B-complex boleh menyebabkan kulit wajah kusam.
-Bagus untuk kulit berminyak, whiteheads, blackheads, parut dan kulit kering.

Vitamin-C :
-Menguatkan sel2 tisu dalam badan. 
-Membantu memulihkan sel2 kulit yang luka dan berjerawat.
-Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang. Kolagen adalah sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit.

Vitamin-E : 
-Bertindak sebagai agen anti-penuaan. Pengamalan vitamin E dalam kehidupan seharian menjadikan anda kelihatan awet muda.
-Menghilangkan parut jerawat. Jadi kulit tampak lebih cantik, mulus dan berseri.
-Membantu penyerapan oksigen dengan lebih baik.

Mencantikkan kulit dan menampakkan wajah lebih muda dari usia sebenar.

Testimoni 1;
 

Setelah 6 bulan mengamlkan vitamin C, kulit semakin licin, tegang, 
tiada lagi kulit kering dan kusam.

Testimoni 2;


Setelah sebulan mengamlkan vita C, kulit Pn Fida semakin
cabtik dan glowing. Tak perlu pakai make up lagi.

Testimoni 3;


Tiada lagi kulit jerawat, berminyak dan kusam. Yang penting tidak 
perlu pakai make up tebal-tebal lagi. Hanya 3 perkataan
kulit LICIN, TANPA JERAWAT dan FLAWLESS.

Tuesday, May 13

Pilihan Artis Buat Si Manja Adalah Pilihan Terbaik!!

PROMOSII MEALSHAKES!!  MAY 2014 (BUY 6 FREE 1)

Seperti anda sedia maklum, setiap bulan Shaklee akan mengadakan promosi beli 6 percuma 1. Bagi bulan MAY ini sekali lagi promosi MEALSHAKES berlangsung dengan gilang gemilangnya kerna Ramdhan akan bertemu kita tidak lama lagi. Jika anda ibu menyusu anak, ingin badan bertenaga, anak kurang selera makan, sembelit, anak kerap demam asthama dan lain-lain sangat disarankan untuk memilikinya. Rita Rudaini pun dah grab promosi bulan ini taw, tak percaya?? Tengok ini...


Apa yang menariknya MEALSHAKES ini??

a) NUTRISI LENGKAP
-Menyediakan 24 jenis vitamin,mineral dan zat perlu.Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita.Ia turut mengandungi lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak


b)MEMBEKAL NUTRISI KEPADA SEL TUBUH
-Kaya dengan protin( tidak mengadungi laktosa),membantu pembinaan sel-sel kulit ,kuku ,rambut,organ .darah,imun dan lain-lain

c)MEMBANTU TUMBESARAN
-Mengandungi asid folik ,biotin,kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-seluntuk proses membesar

d)ANTI OKSIDA
-Mengandungi vitamin A,C,E,zink,selenium yang merupakan agen anti oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan

e)MENGEMBALIKAN SERI WAJAH
-Mengandungi vitamin B yang lengkap ,zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat ,sekaligus memberikan kompleksi wajah/kulit kekal cantik

f) DETOKSIFIKASI
-Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus

g)KELAZATAN RASANYA
-Minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktosa semulajadi,penggatian segera terhadap kekurangan vitamin,mineral dan juga tenaga
TIDAK MENGANDUNGI SEBARANG PEWARNA TIRUAN DAN GULA TIRUAN
LAZAT DINIKMATI SEMUA GOLONGAN


KEBAIKAN MEALSHAKES:-

  • Rasa vanila yang menjadi kegemaran kanak-kanak
  • Sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun keatas 
  • Sesuai untuk seisi keluarga
  • Boleh menjadi instant sahur meal/ breakfast sekeluarga
  • Rendah lemak namun kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral sertakalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak.
  • Meal Shakes memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak
  • Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan
  • Mengurangkan eczema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa
  • Meningkatkan selera makan anak
  • Jika anak yang kerap demam lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa
  • Pilihan terbaik buat mereka yang tidak pandai telan supplement berbentuk "tablet"
  • Menangani masalah sembelit pada kanak-kanak
  • Amat bagus untuk kanak-kanak yang obesiti 
  • Memilihara kesihatan dan sistem imunisasi badan anak terhindar dari demam, selesema, enzema dll
Ha mesti ramai teruja nak belikan MEALSHAKES untuk anak tersayang kan
Meh lah dapatkan cepat MEALSHAKES dengan HARGA TENGAH MELETOP-LETOP MURAH. Sebelum itu, jom kita layan testimoni pengguna MEALSHAKES ini;
Testimoni 1;

Alhamdulilah, anak tidak lagi kerap demam dan selesema. Yang paling 
seronok anak Puan Maiza tidak lagi seorang yang picker eater seperti 
sebelum ini. Baik laburkan sedikit duit untuk
multivitamin kanak- kanak dari labur duit
dengan ubat-ubat yang terpaksa ditelan bila tidak sihat.


Testimoni 2;

Puan Hayati berpuas hati bila kawan sepejabat tegur anak dah kurang demam
dan selesema. Badan juga semakin berisi daripada sebelum ini.

Testimoni 3;

Anak Pn Rosmaniza yang dahulunya mengalami gluten intolerence, enzema, dan astham
kini bebas dari penyakit berkenaan bilamana setelah diperkenalkan
dengan MEALSHAKES penyakit tersebut semakin surut. Semakin ketara
bila beliau memberi OMEGAGUARD kepada si manja.

Baiklah… buat ibu-ibu, jika inginkan KONSULTASI PERCUMA, boleh PM FB Lela pinkish  atau boleh email kepada norlelamasri@gmail.com dan jangan lupa
untuk LIKE Fanpage Takteh Anak Umi VitaShop bagi mendapatkan
harga super duper murah dari kami!!
atau SMS/CALL saya di 019-2404850
Untuk customer saya, saya juga akan berikan tips exclusive kepada anda utk memastikan 
anak anda sentiasa sihat dan terhindar dari penyakit..khas utk anda...
hanya apabila anda membuat pembelian set ini... :)

http://taktehlelapinkish.blogspot.com/2013/11/ambil-mealshake-dan-omega-anak-kerap.html

Monday, May 12

BE CALM and STAY YOUNG


5 Tips pulihkan BADAN PENAT!! PENAT BEKERJA!! DAN PENAT TRAFFIC JAM!!




Memang penat bekerja dalam masa yang sama perlu menguruskan keluarga, anak, suami lagi. Lebih-lebih lagi perlu bangun seawal jam 5 pagi untuk menguruskan segala lengkapan dan kelengkapan keluarga. Lebih memenatkan bila sampai office kerja tak pernah kurang, asing bertambah aje.. bak kata arwah P.Ramlee " selagi tak tutup mata, kerja..kerja..kerjaa!!". Dah la penat dengan timbunan kerja, dalam perjalanan balik ke rumah traffic jam pulak. Letih kot!!..
Pernah tak ini terjadi pada anda? Ibu bekerja seharusnya kena ada fizikal dan mental yang kuat. Bukan ibu sahaja malah para bapa pun sama. Jangan sampai masalah di pejabat di bawah ke rumah.

5 Tips untuk memulihkan badan penat bekerja

1. Minum Air limau 

Apa kata untuk mencergaskan kembali tubuh sebelum terus tidur, anda amalkan dengan minum air limau. Dapatkan beberapa biji limau dan perahkan bersama secawan air putih. Sebaiknya air suam kerana ia akan lebih memberi keselesaan kepada tubuh apabila anda menikmatinya.

Jangan campurkan gula, hanya perahan air limau saja. Jika tidak suka dengan limau nipis atau limau kasturi, gunakan lemon sebagai alternatif. Amalkan setiap hari, ia bukan saja untuk menghilangkan penat badan bahkan untuk mengempiskan perut juga buat anda yang terasa di bahagian perut agak buncit.


2. Mandi Air Panas

Apa kata kali ini anda mengamalkan mandi dengan air panas. Sediakan air panas suam untuk anda siramkan ke bahagian badan, tidak perlu kuantiti yang banyak. Tapi pastikan air itu tidak terlampau panas dan sesuai untuk kulit anda.

Jika tidak mempunyai alat pemanas air hanya masak air dan campurkan bersama air siraman anda nanti. Selain itu, air panas juga sesuai untuk anda rendamkan ke kaki kerana rasa panasnya akan melegakan sakit kaki anda selepas seharian mengenakan kasut bertumit tinggi atau berdiri.

Sedikit sebanyak ia akan melancarkan aliran darah anda ke kepala dan mengurangkan keletihan badan serta sakit kepala.

3. Senaman ringkas

Lakukan senaman ringkas sebaik tiba di rumah. Luangkan sedikit masa untuk bersenam, jika tidak berkesempatan hanya lakukan aktiviti di rumah seperti mengemas dan juga menanam. Ini kerana pengeluaran peluh ketika melakukan aktiviti seperti ini membantu badan anda untuk berfungsi dengan lebih baik.

Dalam masa yang sama memberi otak anda oksigen yang lebih banyak kerana aktiviti kerja di pejabat yang berhawa dingin, contohnya boleh mengurangkan penggunaan fungsi otak dengan baik. Jadi dengan cara ini, adalah satu latihan yang baik.

4. Minum air teh hijau. 

Minuman yang diamalkan oleh masyarakat Cina ini sebenarnya amat baik, air teh yang berwarna hijau dan tidak mempunyai gula. Terdapat banyak antioksida yang membantu untuk menyegarkan tubuh dan minda dalam masa yang sama. Ia juga dapat mengurangkan kadar gula di dalam darah.

5.Mengurut 

Untuk memastikan tubuh berada dalam keadaan baik sebelum digunakan semula keesokan harinya, mengurut adalah sangat penting untuk tubuh anda. Tapi jangan amalkan urutan seluruh badan dengan kerap kerana akan terdapat kesan negatif terhadap aktiviti itu.

Sebaiknya sebulan dua kali saja anda amalkan urutan untuk badan daripada bahagian kepala sehinggalah kepada urutan kaki. Selain melancarkan darah, ia juga menyegarkan tubuh anda.

Vitamin yang membantu memberi tenaga kepada anda dan keluarga


1. Vitalea ( 120bj)


Fungsi vitalea 

Penambah tenaga segera - pemberi tenaga , kecergasan tubuh dan kekuatan mental. Membantu kuatkan memori



2. B complex ( 120bj )

Fungsi B complex 

Memastikan kesihatan fungsi saraf berjalan baik , meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia

Membantu penghadaman,menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan


3. ESP

Fungsi ESP

Pembekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem iminisasi badan.

ESP pemberi tenaga > ESP pemberi tenaga

Walau ketika puasa, ESP memberi tenaga yang berpanjang kepada seluruh keluarga Puan Wardah.
Siap boleh bergotong royong lagi, yang bestnya ibu ini masih boleh beri
anak susu badan ketika puasa kerna susu yang banyak
dan lebih bertenaga.

Testimonial ESP membantu badan kekal bertenaga >Testimonial ESP memberi tenaga

Anda boleh dapatkan 3 vitamin ini atau salah satu vitamin ini dengan HUBUNGI
Baiklah… buat ibu-ibu, jika inginkan KONSULTASI PERCUMA, boleh PM FB Lela pinkish  atau boleh email kepada norlelamasri@gmail.com dan jangan lupa
untuk LIKE Fanpage Takteh Anak Umi VitaShop bagi mendapatkan
harga super duper murah dari kami!!
atau SMS/CALL saya di 019-2404850
Untuk customer saya, saya juga akan berikan tips exclusive kepada anda utk meningkatkan penghasilan susu ke tahap optimum dan sentiasa bertenaga..khas utk anda...hanya apabila anda membuat pembelian set ini... :)

Saturday, May 10

Ketahui Jenis Kegemukan Anda


APAKAH JENIS KEGEMUKAN ANDA?? GEMUK AIR, ANGIN ATAU DAGING??


GEMUK AIR 

  • Badan menggelember dan lembik kerana air yang tak diperlukan (toksin) berlebihan 
  • Cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian
  • Bahu agak jatuh apabila berdiri 
  • Sekiranya timbang di waktu pagi dan malam dan terdapat perubahan 1-2 kilogram kurang atau lebih antara tanda anda gemuk air kerana pengumpulan air dalam tubuh
  • Kebanyakan jenis gemuk air adalah dari golongan anak dara, wanita belum berkahwin atau yang baru selepas melahirkan anak.

GEMUK ANGIN
  • Angin terlalu banyak terperangkap dalam tubuh, menyebabkan sukar/kerap untuk sendawa atau kentut
  • Mudah kena sakit kepala/migrain/loya tekak/sebu perut

GEMUK DAGING 
  • Kebanyakan yang mempunyai gemuk jenis daging kurang makan sayur/buah-buahan
  • Berangka besar dan suka makanan berkarbohidrat tinggi
  • Kulit tebal dan badan agak berat dan pejal (susah nak cubit lengan kerana tebal)
  • Cepat letih dan penurunan jenis gemuk ini adalah yang paling lambat sekali berbanding jenis gemuk yang lain kerana lemak di dalam tubuh sudah menjadi tepu dan bersebati bersama daging
  • Ramai golongan ini adalah daripada yang sejak kecil bertubuh badan agak 'sihat/besar' dan ia mengambil masa yang agak lama untuk dibuang

Namun begitu proses perpeluhan yang aktif dapat membantu membuang sebahagian lemak-lemak degil ini, dan sebaiknya mengikut diet yang sesuai dan aktiviti senaman lebih sedikit berbanding gemuk jenis air dan angin.

Jangan risau atau buntu, klik disini untuk mengetahui penyelesian bagi kegemukan anda..

Friday, May 9

Menu Berpantang Yang Sihat

MENU BUAT IBU BERPANTANG


Assalammualaikum malam ni rasa gatal tangan nak buat entri pasal menu untuk ibu dalam pantang,,,,heheh teringat masa berpantang setahun lepas,,,,3 hari menjadi penghuni hospital Ampang,,,jenuh rasa duk makan makanan hospital yang memang tidak sesuai untuk ibu lepas bersalin tu.....

selepas pulang je my mother in law cepat-cepat buat sup ikan haruan tetapi sup ni sedikit berbeza dari sup yang biasa ibu berpantang makan....kerana sup ini sedikit unikkkk hihih,,,rasa nye pun berbeza,,,,sup ini ade rasa gula melaka,lada hitam yang lebih lagi dan mmmm memang sedap ....nnt sy share tentang "rupa" sup itu lain kali,,,yang pasti bahan-bahannya hampir sama dengan sup ikan haruan ini je,,,..

mak sy memang pakar dalam menyediakan sup untuk ibu berpantang kerana beliau ada pengalaman melahirkan 11 orang adik untuk sy hihi,,,,,,jom tengok menu sup  ikan di atas...

bahan-bahannya adalah:

1 ekor ikan haruan

2 cawan air

2 sudu makan minyak jagung

1 sudu makan lada hitam-di tumbuk-

3 ulas bawang merah -di tumbuk(A)

2 ulas bawang putih juga di tumbuk(A)

2 sm halia-di tumbuk(A)

1 keping asam asam kepng dan garam secukup rasa

daun bawang/sup-di hiris halus


cara-cara menyediakannya::

a)ikan dipotong dan bersihkan dengan air asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir.bilas dengan iar bersih dan tos kan....

b)panaskan minyak jagung dalam periuk.tumis bahan A hingga wangi.masukkan air.

c)apabila mendidih,masukkan lada hitam,asam keping dan ikan.kacau rata dan masak lagi hingga mendidih ,taburkan daun bawang,daun sup dan garam.kacau rata dan hidangkan.


TARAAAAAAAAA,,,dah siap punnnn,,senang jer,,,,hihi.....saat berpantang adalah saat yang
penuh mencabar kerana ada banyak makanan yang perlu "di pantangi",,,,,,,,,,jadi bersabar la ye kalau nak cepat sembuh dan sihat........

~set bersalin yang selamat di ambil oleh ibu bersalin cazer atau bayi kuning~

Testimoni Pengguna Set Berpantang Shaklee;


Set yang sungguh menjimatkan dan berkesan dimana, ia bukan sahaja boleh diambil ketika berpatang malah boleh diambil selepas disahkan hamil. Puan Farida terasa bergitu bertenaga dan luka cepat saja keringnya.



Jika berminat untuk mendapatkan set Berpantang/ Bersalin Shaklee boleh hubungi saya di ;

Sms/Whatapp ke 019 2404850 (lela)
Email : norlela.masri@gmail.com
Add FB ; Lela Pinkish  untuk berchatting secara langsung bagi sebarang pertanyaan berkenaan produk.
Like FANPAGE : taktehankumi.com untuk mendapatkan promosi, harga istimewa serta info-info percuma dari saya.

**selamat mencuba menu semasa pantang bagi mommys yang bakal bersalin**

Wednesday, May 7

Disebalik Mitos Penyusuan Terdapat FAKTA!!

DISEBALIK MITOS SUSU IBU  -----~SUSU IBU TERBAIK~----


Assalammualaikum....susu ibu merupakan titisan emas buat si manja,terdapat banyak khasiat yang masih banyak kita tidak ketahui.dalam riwayat Thabarani dan 'Ibnu dimaklumkan jika seorang wanita melahirkan lalu ia mengeluarkan susu dari payudaranya dan dihisap oleh bayinya setiap hisapan dan tegukkan dia akan mendapat satu pahala.jika ia berjaga malam(kerana melayan anak yang sakit) dia mendapat pahala seperti orang yang memerdekakan 70 orang budak di jalan Allah.



kelahiran seorang bayi mencatat pelbagai memori buat wanita yang pertama kali bergelar ibu.secara lahiriah seorang bayi tanpa perlu di ajar bagaimana mahu menyusu(rooting reflex) secara automatik akan menghisap puting payudara ibunya.sebaiknay bayi terus dirangsang terus menyusu selepas satu jam dilahirkan.proses ini penting untuk merangsang proses penghasilan susu secara berterusan.

pelbagai telahan mengenai tekstur susu awal ini mengundang mitos dan tanda tanya.sejauh mana kebenaran mitos berkaitan susu ibu .berikut adalah sedikit informasi ringkas bagi meredakan keliru bagi anda yang bergelar ibu.

mitos &fakta tentang susu ibu

susu berwarna kekuning-kuningan yang sewaktu pertama kali bayi menyusu adalah susu basi !!!!?

 fakta~lazimnya di awal proses penyusuan terdapat cecair kekuningan(kolostrum) bertindak sebagai antibody pertama bayi.kolostrum hanya hadir pada 3&4 hari yang pertama hayat seorang bayi dan hanya sekali itu shj dalam tempoh 6 bulan atau 2 tahun tempoh penyusuannya.ia tidak akan berulang lagi! kolostrum adalah makanan pertama yang paling baik untuk bayi.susu formula tidak dapat meniru kolostrum susu ibu.kolostrum yang dijual dipasaran adalah ekstrak kolostrum susu lembu tetapi tidak sesuai untuk bayi.

sebelah kiri adalah kolostrum susu ibu
payudara ibu menyusu akan lebih cepat mengendur!

 fakta~secara alami saiz payudara akan berisi sepanjang 9bulan kehamilan.proses pembesaran itu berlaku ekoran kerana proses mamogenesis-pembentukkan kalenjar mamari untuk persediaan menghasilkan susu apabila bayi lahir kelak.jika ibu tidak menyusukan bayinya selepas bayi lahir saiz payudara ibu akan cepat menurun dan drastik manakala saiz payudara yang menyusukan bayinya akan menurun perlahan-lahan.


bayi akan sentiasa melekap pada ibu 

 fakta~ibu adalah manusia pertama bayi kenal,manakan tidak 9 bulan menumpang teduh di dalam rahim ibunya,setelah menjenguk dunia bayi secara eksklusif menyusu dari payudara ibunya lebih dari 10 x sehari.impak dari hubungan intim itu mungkin memberi kesan kepada keakraban hubungan di antara ibu dan anak .usah bimbang kerana tempoh melekap dengan ibu sebenarnya sangatlah singkat,mungkin sekitar 6 bulan shj,2 tahun atau mungkin lebih sehingga 3 tahun atau 5 tahun.ketahuilah wahai ibu-ibu sekalian ,bayi yang menyusu ibu akan cepat membesar  menjadi individu yang lebih berdikari ,berasa selamat dan dilindungi ,lebih berkeyakinan dan kurang menangis.ini kerana sewaktu proses menyusu bayi berpeluang berinteraksi lebih rapat dan dakapan ibu membuatkan si manja rasa disayangi selalu.

susu ibu tidak sesedap susu formula.


  fakta~hakikat sebenar susu formula telah ditambah pelbagai rencah untuk menyedapkannya.sekalipun apa jua kenyataan yang mereka uar-uarkan mengenai kehebatan setiap produk susu mereka,belum ada mana-mana susu formula boleh menandingi khasiat yang sedia terkandung dalam susu ibu.gula dalam susu ibu adalah gula ringkas yang lebih mudah dicerna dan diserap oleh usus bayi berbanding gula yang kompleks yang terkandung di dalam susu formula.oleh itu bayi mendapat nutrient lebih mudah daripada susu ibu.

payudara kecil: susu kurang?


 fakta~semua ibu secara semulajadi boleh menghasilkan susu yang mencukupi.saiz kecil atau besar bukan ukuran susu yang dihasilkan banyak atau kurang.kelenjar mamari adalah kalenjar yang khusus menghasilkan susu yang terdapat pada wanita,jadi tidak bermakna saiz payudara boleh membantutkan hasrat anda untuk menyusukan anak anda .




apabila anda memilih untuk menyusukan anak anda sepenuhnya ,anda harus mengawal dan berwaspada dengan apa yang anda makan!

 fakta~semua orang disarankan untuk menjaga kesihatan bukan hanya melibatkan ibu-ibu yang menyusu secara eksklusif.makan secara sederhana dan mengikut keperluan badan.bagi ibu yang menyusu yang gemarkan minuman berkafien (kopi),ibu boleh minum kopi sebaik shj selepas menyusu.rasionalnya ialah kafien dalam kopi telah selesai dicernakan ,dicairkan dan dikumuhkan apabila tiba masa penyusuan seterusnya iaitu 2 jam kemudian.oleh itu kepekatan kafien dalam darah sudah menurun.kaedah ini juga boleh dipraktik bagi ibu yang mengambil ubat-ubatan tertentu.



susu ibu terlalu cair(banyak air)

 fakta~jika susu ibu yang diperah ke dalam botol diletakkan di atas meja seketika,kita akan dapat melihat susu ibu menjadi 3 lapisan iaitu warna keruh dilapisan paling bawah diikuti susu kekuningan di tengah dan susu putih pekat lemak berkrim di lapisan paling atas.tetapi keadaan sebaliknya bagi susu formula lapisan cair paling atas manakala lapisan pekat di bawah(lemak berketumpatan tinggi).nagi susu ibu 80% kandungan adalah air.susu ibu terdiri daripada susu awal (foremilk) untuk menghilangkan dahaga dan susu akhir (hindmilk) untuk penyebab kenyang bayi.naluri semulajadi manusia minum sebab dahaga,makan itulah yang diberi oleh ibu terlebih dahulu kepada bayinya melalui susu awal(foremilk) yang mengandungi lebih air dari laktosa.kemudian barulah susu akhir yang pekat(kandungan lemak tinggi)yang akan menyebabkan bayi kenyang.




puting susu ibu perlu dicuci sebelum menyusukan bayi?

 fakta~puting payudara bersifat antibakteria.kajian yang dijalankan untuk melihat reaksi bayi pada sentuhan pertama kulit ke kulit(1 jam pertama selepas kelahiran) menunjukkan kecenderungan bayi untuk memilih puting susu ibu yang tidak dicuci berbanding puting susu ibu yang telah dicuci kerana aroma semulajadi ibu lebih menarik bayi.bintik-bintik kecil dikeliling payudara mengandungi bahan pelincir (sebum) yang bersifat antibakteria.mencuci payudara memadai dengan mandi biasa dua kali sehari,tidak perlu mencuci dengan sabun ,bahan pencuci.

penyusuan ibu mengambil nutrient daripada ibu .ibu perlu makan lebih?


 fakta~nutrien dalam susu ibu bergantung kepada nutrisi ibu.oleh itu ibu yang menyusu (sesiapa shj sebenarnya) perlu mengambil nutrisi seimbang untuk mengoptimumkan kesihatannya.ibu boleh makan apa shj tetapi dalam kuantiti yang betul dan sentiasa awas jika terdapat tanda-tanda alahan kepada bayi,maka ibu harus berwaspada dengan pengambilan makanannya.risiko osteoporosis di kalangan ibu-ibu menyusu lebih rendah berbanding wanita yang tidak menyusu.

menyusu boleh mengubah saiz badan ibu?



 fakta~ibu yang menyusukan bayi lebih mudah menurunkan berat badan,selain itu uterus juga lebih cepat mengecut berbanding ibu-ibu yang memilih untuk tidak menyusukan bayi secara eksklusif.






alhamdulillah hampir genap setahun  tujuh bulan sy menyusukan anak sy Umar Rifqie ni ,syukur sangat2 kerana ALLAH swt sentiasa murahkan rezki untuk kami anak-beranak.....semoga dapat diteruskan lagi sehingga setahun lebih lagi amin......semoga ibu-ibu yang ingin atau yang sedang  menyusukan anak anda teruskanlah niat murni itu kerana menyusukan anak kita adalah satu anugerah dan nikmat yang tidak terhingga........

Ingin Mendapatkan Set Penyusuan Badget Shaklee dan Ingin Melihat testimoni Yang Berjaya, --KLIK DISINI--