Thursday, November 21


Anak Lapar - Macam mana Nak Tahu ya?


Tension Dengan Tangisan Bayi Anda?

Tangisan Adalah Satu-satunya Cara Bagi Bayi Menyampaikan Perasaan Dan Keinginannya

Fahami Tangisan Bayi Anda Dan Penuhi Hajat Mereka. Bayi Anda Pasti Lebih Ceria, Anda Dan Pasangan Semakin Bahagia




Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan ibu bapa sekalian.
Tahukah anda bahawa semua bayi di dunia ini berkomunikasi dengan ibu-bapa mereka melalui satu 'Universal Language'. Apakah 'Universal Language' tersebut?

Tangisan...

Ketahuilah bahawa tangisan bayi bukanlah suatu bunyi yang terhasil secara rawak, tetapi ia adalah merupakan satu bentuk komunikasi.
Saya Norlela ibu kepada seorang bayi comel dan saya boleh memahami 'bahasa' bayi kesayangan saya sendiri. Sebenarnya, melalui pemerhatian yang teliti, anda juga boleh memahami apa yang ingin disampaikan oleh si comel anda melalui tangisan mereka. Terdapat berbagai cara atau ragam yang bayi akan tunjukkan jika bayi mengingikan sesuatu.

Putera lela- Umar rifqie


Jom share pengalaman anda dengan lela..putera lela bernama Rifqie, dia jenis minum susu yang sedikit tetapi kerap. Kekerapan dia kadang kala membuatkan lela berasa letih dan tidak dapat berbuat apa-apa. Sebabnya silap lela dulu, semasa dia dalam pantang lela tidak ajar untuk susu guna botol. So, everytime kalau rifqie nak susu lela kena baring di sebelahnya sampailah dia puas dan kenyang. Tapi lela tak jadikan ia suatu alasan untuk tidak mahu susukan rifqie. Walaupun begitu lela gembira sebab bila lela susukan anak secara tidak langsung kita akan berkomunikasi dengan dia. Ia meraptkan lagi hubungan lela dengan anak.

Alhamdulilah, sekarang anak lela dah berumur 1 tahun 1 bulan dan lagi banyak bahasa yang lela faham apabila anak lela perlukan sesuatu. Contohnya kalau anak lela nampak orang makan atau dia lapar rifqie lebih gemar berbunyi seperti "ammamm.." maksudnya makan. Itu salah satu proses pembelajaran untuk rifqie ingin bercakap.  Macam kalau rifqie nak susu dia akan tergedik, merengek-rengek untuk minta susu. Kalau lela dah mula duduk atau baring sebelah dia terus dia selak baju lela nak susu, heheh..cute je kan.

Anak anda bagaiman pula? sebagai seorang ibu kita lebih tahu bahasa bayi kita walaupun kadang kala orang lain memberi pendapat lain ketika bayi sedang meragam tetapi insting seorang itu lebih kuat untuk mengetahui sesuatu keinginannya.

Menurut pengkaji, 
seorang bayi yang LETIH/PENAT dan INGIN TIDUR akan menunjukkan tanda-tanda seperti:
             
                # Bayi akan menangis/mengeluarkan bunyi ‘OWH’.
                # Mulut bayi berbentuk ‘O’ dan seperti menguap. 
                # Menggosok-gosok mata.
                # Bibir mata bayi kemerah-merahan.
                # Pergerakan bayi akan tersentak-sentak.
                # Menarik telinga.
                # Menggeliat.
                # Menolak badannya ke atas.
                # Menggaru-garu kepala.

Jika anda ingin tahu apakah maksud tanda-tanda maksud bunyi tersebut, nantikan lela untuk entry seterusnya ye. 
Sekian, salam sayang dari lela =)



No comments:

Post a Comment