Monday, November 25


(Fakta) Motivasi Pagi Isnin





Assalamualaikum semua, hi Selamat Pagi :)  Bila bangun sahaja pagi Isnin, ramai yang merasa berat untuk ke office. Kate orang putih Monday Blues. Untuk pengetahuan anda , mengikut satu kajian di US kejadian bunuh diri banyak berlaku pada hari Isnin dan sangat kurang pada hari minggu. Malah di UK pula, kajian mendapati banyak cuti sakit (MC) diambil pada hari Isnin. Wah, apa dah jadi? Kenapa takut menghadapi hari Isnin? Kenapa mesti malas dan berat hati apabila masuknya Isnin? 
Berikut adalah beberapa tip untuk ceria di pagi Isnin:
1) Aturkan kerja yang anda paling suka lakukan pada hari Isnin.
2) Buat temujanji dengan seseorang yang anda tidak sabar untuk temui pada hari Isnin.
3) Rancang aktiviti yang anda seronok libatkan diri dan teruja pada hari Isnin.
4) Jadikan hari Isnin hari anda kemas dan susun atur keadaan di pejabat sebelum fokus kepada kerja-kerja yang mahu dilakukan.
5) Mulakan hari dengan doa .. ROBBI YASSIR WA LA TUASSIR hingga habis.
6) Mulakan hari dengan kata-kata yang positif. Ok, say it loud… I LIKE MONDAY (10 times)!
Selamat memikul amanah dan menjalankan tugas. 

No comments:

Post a Comment