Anak kurus sebab Breasfeeding (BF) ?
"Isshh..kurusnya anak awak ni? tak diberi makan ke? Dulu BF ae? Patutlaa..."
"Berapa umur budak ini? Haa..nak masuk 4 tahun? Biar betul, badan dia kurus ya macam baru umur 2 tahun ja. Ini mesti masa kecil-kecil dulu BF kn?"
" Badan kecil, kurus tapi bila angkat Allahuakbar semangat juga anak akak ini. BF kn dulu? Bagus-bagus."
Seorang ibu menerima kritikan pedas sebab dia menyusukan anak dan menyebabkan badan anak tidak naik/ tidak gemuk seperti anak orang lain. Apabila dibawa untuk diperiksa oleh doktor, doktor memberitahu keadaan anak itu sangat sihat malah aktif dan cepat beri tindakbalas kepada sesuatu rangsangan. Sebenarnya, tiada mitos menyatakan anak yang hisap susu badan dia akan kurus kerana tidak cukup nutrisin dan kalsium pada susu ibu. Untuk makluman anda semua, anak yang hisap susu ibu (BF) pembesaran tulang dia 5x lebih cepat berbanding anak yang minum susu formula. Dari segi nutrisi pula, ia bukan sahaja mencukupi malah terlebih cukup dan sihat berbanding nutrisi yang terdapat didalam susu formula.
Berkenaan kritikan tadi, salah seorang kawan FB lela bernama kak Zah menjawab ;
breastmilk is for BRAIN development,
breastfeeding is for EMOTIONAL DEVELOPMENT & BONDING,
artificial feeding is merely for body development.
body bam bam since chilhood, increase risk of obesiti in adulthood life
Ya, lela setuju sangat-sangat dengan jawapan kak Zah tu. Sebenarnya BF bukanlah penyebab anak itu kurus. Anak yang BF bukan dikategorikan kurus tetapi kerana keaktifan anak tersebut yang banyak bergerak, ke sana sini untuk explore sesuatu yang baru, anak itu seolah-olah bersenam. Macam kita orang dewasa, kalau makan banyak mana sekalipun tapi rajin bersenam, keluar peluh tiap-tiap hari tak ke badan kita pun akan kurus? Sama juga seperti anak-anak. Cuba anda lihat, anak yang minum susu formula badan gemuk, tembam tapi jenis tak aktif, malas nak bergerak, nak berdukung sentiasa dari situ kita dapat bezakan antara anak BF atau susu formula.
Tidak dinafikan, anak yang minum susu formula lebih comel badanya kerana tembam, debab sana sini berketul-ketul kita yang lihat jadi naik geram, rasa macam nak gigit-gigit. Akan tetapi, disebalik kegemukan, kecomelan dan ketembaman anak tersebut dikhuatiri anak tersebut terdedah dengan risiko berbahaya iaitu penyakit nombor 1 dunia dikalangan kanak-kanak obesiti. Susu formula yang diberi juga memainkan peranan yang penting dalam tumbesaran anak kerana sesetengah susu formula boleh membuatkan nafsu makan anak meningkat sehingga tidak dapat dikawal.
Menurut pengalaman lela sendiri sebab anak lela fully Bf,hehe...anak yang BF ini ikatan/ jalinan kasih sayang antara ibu dan anak tiada penghitung rapatnya. Macam anak lela anak sentiasa close dengan lela, sampaikan abahnya pun cemburu sebab kalau tidur tak ada ibu anak tak nak dengan abah.Nak ibu juga!!.
Perkembangan positif anak yang Fully BF dapat dilihat dari usianya 6 bulan lagi yang mana anak tersebut lebih aktif dan alert kepada persekitaran seperti bunyi, bauan ibunya, sentuhan ibu dan lain-lain lagi. Kalau anda nak tahu, anak yang fully BF ini kecerdikan dia sampaikan tahap tak tentu hala.Bijak sangat, terutama sekali kalau anak tersebut dapat BF lebih dari umur 2 tahun. Sebab itu, kita pedulikan apa orang nak kata pasal anak kita kurus ke apa. Janji dia sihat dari seg fizikal dan mental dan yang paling penting anak BF ini insyallah lebih bijak dari yang lain.
Heheh..saya saja-saja share entry ini bukan untuk menjatuhkan sesiapa atau membuat orang terasa. Ini cerita berdasarkan pengalam dan pandangan saya sebagai seorang ibu fully BF anak. Setiap orang ada pandangan masing-masing kan? Jika anda ada pandangan yang ingin anda share bersama boleh tinggalkan comment seperti dibawah.
Sekian, majulah BF untuk kecergasan dan tumbesaran anak yang sihat dan tinggi IQ.
No comments:
Post a Comment