Co-Slepping asuhan lebih positif
Co-slepping atau tidur bersama anak banyak manfaatnya kepada ibu dan anak. Sebagai salah satu method asuhan semulajadi, cosleeping perlu diamalkan oleh semua ibu bapa tanpa rasa ragu-ragu.
Tidur adalah rutin harian yang amat penting dalam kehidupan seharian. Apabila kita tidur pastinya segala aktiviti yang kita lakukan atau pekrjaan yang dilakukan pastinya lebih fokus dan membuahkan hasil yang sangat memberangsangkan. Tidur juga dapat merehatkan badan daripada aktivit seharian yang mengambil masa selama lapan hingga sembilan jam untuk badan kita rehat bagi melakukan tugasan pada keeseokan harinya. Co- sleeping atau tidur sekatil dengan anak adalah idea yang sangat baikagar keluarga dapat dibentuk dengan cara yang lebih alami.
Kenapa co-slepping disarankan?
1. Menggalakkan penyusuan susu ibu
Bayi yang tidur bersam ibunya lebih mudah untuk menyusu apabila terjaga dari tidur. Hal ini kerana, kedudukan bayi yang lebih rapat dengan ibu memudahkan ibu untuk menyusukan bayi dengan lebih selesa. Pada bulan pertama kelahiran, bayi akan lebih kerap terjaga untuk menyusu. Co- sleeping memudahkan ibu untuk menyusukan bayi tanpa perlu bergerak untuk menyusukan bayi apabila bayi terjaga. Ditambah pula bayi mudah untuk lena semula apabila kembali kenyang.
2. Mencegah SIDS (Sindrom Kematian Bayi Pramatang)
Dengan mempraktikan co-sleeping, ibu bapa akan sentiasa memantau posisi tidur anak. Risikonya berlakunya SIDS sering kali disebabkan oleh kelalaian ibu bapa yang mengamalkan co-sleeping lebih kerap tersedar untuk menyusukan atau menukar lampin.
3. Berasa lebih selamat
Anak anda akan lebih selamat kerana berada disamping ibu bapanya. Ini juga menjaga kualiti tidur anak daripada terjaga kerana anak tidak akan rasa sendiarian.
4. Merapatkan hubungan ibu dan anak
Kajian menunjukan keluarga yang mengamalkan co-sleeping akan mempunyai hubungan yang rapat, mesra dan saling hormat-meghormati antara satu sama lain.
5. Membentuk karakter anak yang lebih kukuh
Kalian menunjukkan, anak lelaki yang tidur bersama ibu bapanya daripada lahir sehingga usia lima tahun mempunyai keyakinan diri yang lebih tinggi berbanding rakan-rakanya yang lain. Bagi anak perempuan pula mereka lebih terbuka peka dan berempati pada persekitaran.
6. Anak mempunyai kelakuan yang lebih positif
Kajian juga menunjukan, anak-anak yang mengamalkan co-sleeping lebih possitif dan mendapat penilian yang tinggi disekolah. Malah kajian bertajuk Nonreactive Co-sleeping and Child Behaviour: Getting a Good Night's Sleep All Night Every Night yang dilakukan oleh Heron, 1994 menunjukkan kanak-kanak yang tidak mengamalkan co-sleeping mereka agak sukar untuk dikendalikan kurang gembira, lebih mudah mengamuk dan susah didekati.
7. Mengurangkan masalah kesukaran untuk tidur bagi anak
Co-sleeping dapat membantu ibu bapa menyelesaikan masalah anak yang sukar untuk tidur malam dengan mengajak anak tidur bersama.
8. Memberikan kepuasan mendidik dengan lebih tinggi
Cara asuhan ini akan memberikan tahap kepuasan yang lebih tinggi kepada ibu bapa. Hal ini kerana ibu bapa dan anak sentiasa bersama dan tahu pekembangan anak-anak dari masa ke masa.
9. Ibu bapa lebih sensitif dengan kepentingan anak
Co-sleeping menjalinkan hubungan erat antara ibu bapa dan anak. Ini akan memberi sensitif kepada anak dengan emenuhi keperluan si manja.
10. Lebih selamat daripada katil bayi
No comments:
Post a Comment