PRATIKAL 'berpisah' SUSU IBU
Berpisah susu terjadi apabila momies menghentikan penyusuan setelah si manja mula mengambil makanan lain selain daripada susu ibu. Berpisah dari susu ibu juga boleh disebabkan si manja telah mencapai umur 2 tahun atau ibu telah putus susu. Ia proses normal dalam pekembangan si manja. Keputusan berpisah susu adalah di tangan momies dan si manja bukanya disebabkan oleh orang sekeliling.
Menyusukan si manja merupakan momen terindah buat momies yang mengaplikasikan amalan ini. Apabila momies berdepan dengan menghentikan penyusuan pula menjadi pengalaman yang cukup beremosi. Percayalah, berpisah susu tidak sesekali menamatkan hubungan kemeseraan momies dan si manja yang telah momies jalinkan sejak dari dalam kandungan lagi ataupun sepanjang tempoh penyusuan.
Merujuk kepada American Academy of Pediatrics, pertubuhan ini mencadangkan agar si manja meneruskan penyusuan sehingga umurnya mencecah 12 bulan. Walaubagaimanapun, masyrakat Asia terutamnya Malaysia penyusuan si manja tetap diteruskan sehingga si manja mencecah umur dua atau empat tahun.
Terdapat banyak faktor yang mebuatkan momies untuk berpisah susu dengan simanja. Antaranya, untuk mengelakkan daripada keguguran. Biarpun begitu, jika momies masih ingin berpisah susu badan dengan si manja juga dicadangkan momies untuk berjumpa bersama doktor atau kaunselor bagi memberi pandangan tentang masalah momoies.
Berikut merupakan 10 cara pratikal untuk berpisah susu dari si manja;
1) JANGAN TAWAR DAN JANGAN TOLAK
Ia merupakan cara paling selamat dan efektif untuk berpisah susu. Berikan susu apabila anak minta dan jangan sesekali menolak jika anak meminta. Namun proses ini perlu diapalikasikan dengan beberapa cara dibawah untuk memercepatkan proses berpisah susu
2) MENGUBAH RUTIN HARIAN
Anak anda pasti menpunyai rutin harian apabila si manja ingin menyusu. Contohnya, anak akan menyusu ketika anda berbaring di sofa. Oleh itu, elakkan diri daripada berbaring di sofa agar dia lupa tentang rutin harian si manja.
3) PERTOLONGAN DARIPA BAPA/ SUAMI
Bapa perlu memainkan peranan dalam hal ini dengan mengalihkan perhatian anak yang mahu meyusu dengan melakukan aktiviti lain seperti bermain bola, taua menbaca buku.
4) ALIHKAN PERHATIANNYA
Kadang kala apabila si manja leka bermain, dia terlupa untuk meminta susu. Gantikan sesi penyusuan yang patutu diterimya dengan memberi snek berkhasiat seperti buah-buahan. Momies juga boleh membawa anak bermain di taman permainan apabila tiba masa penyusuan.
5) LENGAHKAN SESI PENYUSUAN
Melewatkan penyusuan adalah efektif jika anak lebih berusia dan boleh memahami penerangan momies. Tangguhkan waktu penyusuan dengan menggantikan sesi tersebut dengan aktiviti lain seperti altiviti yang diingini pada waktu itu.
6) MEMENDEKAN TEMPOH PENYUSUAN
Cara ini berkesan untuk anak 2 tahun dan keatas. Memendekkan tempoh penyusuan dengan cara memberitahunya, "Sedikit sahaja mama beri abang ya, sebab abang sudah besar". Sedikit demi sedikit akan mengurangkan kebergantungannya kepada susu.
7) MEMBERITAHU SECARA BERHEMAH
Bagi si kecil yang berusia setahun dan keatas sudah boleh memahami arahan yang diberikan. Jadi, tunjukkan contoh-contoh orang dewasa yang tidak minum susu ibu. Si manja pasti akan teruja apabila diberi kesempatan menjadi dewasa.
8) KURANGKAN PENYUSUAN
Dalam sehari kurangkan penyusuan, terutama sekali pada waktu malam. Ini membolehkan penghasilan susu ibu berkurangan secara semula jadi dan dalam masa yang sama membolehkan si manaja menerima perubahan ini
9) ADALAH LEBIH BAIK ANDA TIDAK MENGHENTIKAN PENYUSUAN SECARA TIBA-TIBA
Hal ini akan menganggu emosi anak malah menjadikan diri anda tidak selesa dengan keadaan ini. Anda juga mungkin mengalami payudara bengkak atau ssu menitis berikutan susu ibu tidak dikosongkan dengan sebaik-baiknya. Pendekatan terbaik tidak melakukan secara tergesa-gesa
10) PETUA-PETUA LAMA
Terdapat juga pertua-pertua orang veteran/ lama untuk berpisahkan anak dari susu. Apa-apa pun dapatkan nasihatan pakar berkenaan cara penghentian susu dari si manja adakah akan memberi kesan kepada si manja.
No comments:
Post a Comment