Monday, October 21

TIPS PUMP SUSU


Power Pumping dan keberkesanannya...Anda harus cuba!!!

Doa (Ya Allah...Kabulkan Doa Kami)..
Bismillahirahmanirrahim...Ya Rahman Ya Rahim Ya Allah..Kurniakan rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami..Berikan faedah dan kebaikan ke atas semua sahabat yang membaca nukilan ini, kuatkan ikatan persahabatan dan ukhuwah kami dalam keberkatan Mu, murahkan rezeki kami, permudahkan lah semua urusan kami, kabulkan lah semua permohonan kami, panjangkan usia kami agar kami dapat beribadat kepada Mu dan hidupkanlah dan matikan lah kami dalam cahaya keimanan dan keredhaan Mu...amin...ya rabbalalamin...

Salam sayang semua...Hari ni sy menerima email yang berturut2 bertanyakan tentang Power Pumping dan Hyperstimulation...Samakah kedua2nya???Ntah la tapi bagi sy ianya sama kerana konsepnya sama....Ianya adalah satu kaedah atau teknik pengepaman yang intensif untuk mempercepatkan proses pengeluaran susu.



Jika di tanya kepada sy, bagaimanakah cara Power Pumping ini di lakukan??Menurut pembacaan sy di laman2 web penyusuan dan pengalaman sy sendiri melakukan power pumping ini, kebiasaannya satu waktu di pilih iaitu sekitar 60 minit atau satu jam...aktiviti pengepaman akan di mulakan selama 10 minit, kemudian berhenti selama 10 minit...seterusnya pam semula selama 10 minit dan berhenti sekali lg selama 10 minit...begitu la aktiviti ini di lakukan berulang2 kali sehingga 60 minit berakhir...

Contoh paling mudah untuk memudahkan pemahaman ialah begini:

 Contohnya Power Pumping di mulakan pada jam 12 malam...
 1) Pam pertama = Dari jam 12.00 hingga 12.10 minit
2) Berhenti pam = Dari jam 12.10 minit hingga 12.20 minit
3) Pam semula = Dari jam 12.20 minit hingga 12.30
4) Berhenti pam = Dari jam 12.30 minit hingga 12.40 minit
5) Pam semula = Dari jam 12.40 minit hingga 12.50 minit
6) Berhenti Pam - Dari jam 12.50 minit hingga 1 pagi


Kalau ikut dah cukup dah sejam tapi sy lebih suka kalau tambah satu lagi sesi pengepaman antara jam 1 pagi hingga 1.10 pagi...enough....so dapat 4 kali pengepaman dah tu...dan kebiasaannya hasilnya boleh juga mencecah 5-6 oz keseluruhannya...tetapi harus sy ingatkan...bahawa setiap orang berlainan jumlahnya...so, bagi sy, kerana power pumping ini dibuat untuk merangsang penghasilan susu, jika jumlahnya hanya titik2 susu atau angin sahaja yang keluar tanpa sebarang hasil, tidak mengapa...yang penting adalah kemahuan kita dan niat kita untuk berusaha mempertingkatkan penghasilan susu itu...

Dan, setiap jumlah perahan  antara satu waktu dengan satu waktu yang lain itu, boleh di campurkan antara satu sama lain, cuma make sure setiap hasil perahan itu di sejukkan terlebih dahulu di peti ais bawah...apabila suhunya telah sama (sekitar 1 atau 1 jam setengah anggaran), barulah semua hasil perahan power pumping tersebut boleh di satukan dalam satu bekas...

Satu lagi, oleh kerana kekerapan masa pengepaman ini sepanjang power pumping ini di jalankan, maka untuk memudahkan, antara senggang waktu tersebut, corong pam (breast shield) bolehlah di masukkan ke dalam peti ais tanpa perlu di basuh (jangan masukkan dengan mesinnya sekali sudah lah)..hihi


Bilakah waktu yang sesuai di buat Power Pumping???



Jika menurut pengalaman sy, waktu yang paling suka sy buat adalah pada waktu tengah malam atau sebelum tidur...ini kerana bagi sy hormon prolaktin adalah sangat tinggi pada waktu2 sebegini...Sungguhpun begitu, ianya tetap juga bergantung kepada keselesaan masing dan waktu yang sesuai...yang penting si ibu melakukannya dalam keadaan tenang dan terkawal...Base on pengalaman sy juga, sy amalkan power pumping ini di buat setiap hari sebanyak sekali sahaja tetapi jika sy mendapati jumlah perahan mula menyusut (akibat terskip jadual banyak kali biasanya), maka barulah sy akan tingkatkan kekerapan power pumping kepada 2 kali iaitu biasanya di waktu siang di tempat kerja...

So, kalian harus manage jadual pengepaman sebaik2nya...nasihat sy, kalian masukkan sekali salah satu dalam jadual seharian pengepaman itu, satu waktu untuk kalian buat power pumping...insya allah, hasilnya sangat berbaloi2 dan sy percaya dan yakin, base on pengalaman sy, dengan memasukkan power pumping dalam jadual pengepaman kalian setiap hari, hasil susu perahan kalian secara perlahan2 akan meningkat...Selamat Mencuba dan Happy Breastfeeding!!!

p/s: Bagi yang mengalami masalah hasil penyusuan yg kritikal..wajib wat pp 2/3 jam sekali ye..x boleh skip..

No comments:

Post a Comment