Saturday, October 5

TIPS PENGAMBILAN VITAMIN YANG BETUL

TIPS PENGAMBILAN VITAMIN YANG BETUL
-----------------------------------------------------
ANDA MAKAN VITAMIN DAH BANYAK, TAPI TAK NAMPAK KESAN PUN..

Ada segelintir kumpulan pengamal vitamin yang merasakan tidak mendapat apa-apa manfaat dari pengambilan vitamin atau supplement mereka disebabkan oleh beberapa faktor :

Jom kita semak apakah faktor penyebab vitamin kita makan tidak berkesan.

1. PENGAMBILAN AIR KOSONG DIPANDANG REMEH !
Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang berwarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan. Kita disaran untuk banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.

2. ELAKKAN MAKAN VITAMIN SECARA BANYAK SEKALIGUS DALAM SATU MASA.
Apabila kita makan semua vitamin sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda, agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.

3. ELAKKAN PENGAMBILAN VITAMIN BERSAMA UBAT
Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.

4.KURANGKAN PENGAMBILAN KAFEIN DALAM DIET HARIAN
Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka, pengambilan minuman yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.


No comments:

Post a Comment