Risiko Perjalanan Jarak Jauh
Ketika hamil, anda mudah berasa letih. Tambahan pula, daya tahan tubuh semakin berkurangan, oleh itu anda tidak digalakan untuk melakukan perjalanan jarak jauh. Risiko ini dipandang serius pada anda yang mengalami komplikasi kehamilan seperti pendarahan, mintah yang teruk taupun pernah mengalami keguguran di kehamilan terdahulu. Jika ia tidak dititikbertakan anda mungkin akan melahirkan anak pramatang.
Walau bagaimanapun, jika perjalanan jauh masih perlu diteruskan, anda harus memberi perhatian kepada kesihatan diri sendiri. Duduk dalam keadaan betul dan selesa, jangan duduk terlalu lama, jauhi alkohol, minum air dalam jumalah yang banyak dan kerap lakukan senaman rengangan ringkas atau pergerakan kaki.
Namun, perlu dielakkan melakukan perjalanan jarak jauh diakhir usia kehamilan, TIPS keselesaan untuk ibu hamil ;
1. GUNA KERETA
1. GUNA KERETA
Ia merupakan pilihan yang terbaik untuk anda yang hamil. Selain selesa, ia juga selamat dari segi jika berlaku apa-apa kepada kandungan anda boleh terus pergi ke hospital. Dengannya, anda boleh berhenti dimana-mana sahaja dan pada bila-bila masa yang anda kehendaki. Perlu anda tahu, ibu hamil mempunyai komposisi darah yang boleh mengakibatkan pembekuan dalam saluran vena. Keadaan ini boleh mendatangkan bahaya kepada ibu hamil dan bayi didalam kandungan kerana kekurangan oksigen akibat paru-paru yang tersumbat disebabkan pembekuan darah dalam saluran vena.
2. NAIKI KENDERAAN AWAM
Selok-eloknya elakan daripada menggunakan kenderaan awam seperti bas, kereta api. Hal ini kerana, anda tidak dapat bergerak bebas kerana tempat duduk yang disediakan agak sempit. Ini menyebabkan kaki anda terjuntai ditambah pula kebanyakan bas hanya berhenti sekali sahaja ia akan menjadikan anda tidak selesa.
3. PENERBANGAN MELALUI PESAWAT
Menaiki peaswat dikatakan tidak selamat bagi wanita yang hamil atas alasan faktor logistik. Adalah lebih mudah menaiki kenderaan darat untuk medapatkan rawatan doktor pakar di hospital. Ditambah pula, kebanyakan pengankutan udara di mana-mana syarikat tidak dilegkapi dengan kelengkapan khusus untuk menyambut kelahiran bayi. Akan bertambah buruk jika berlaku komplikasi kepada kandungan di udara. Sekiranya masih perlu menaiki pesawat, anda mungkin perlu mendaptkan surat kebenaran daripada doktor berkenaan keadaan kandungan anda untuk menaikinya. Bagi keselesaan, anda digalakkan untuk meminta tempat duduk di berdekatan dengan laluan dan bukanya ditepi tingkap.
TIPS TAMBAHAN
- Dapatkan rehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan. Ini bagi memastikan anda cergas dan tidak mengantuk serta letih ketika dalam perjalanan
- Pakai pakaian dan kasut yang selesa
- Bawa bekalan makanan dan minuman mencukupi. Elakkan mengambil minumna berkarbonat.
- Letakkan bantal kecil di belakang dan cuba lunjurkan kaki jika perjalanan anda membutkan anda duduk terlalu lama. Ini penting bagi anda yang mengalami vsricose venu
- Pastikan kenderaan anda diservis terlebih dahulu sebelum memeylakan perjalanan yang jauh
- Rancang perjalanan anda dengan rapi agar anda tidak perlu duduk terlalu lama didalam kereta. Dan berhenti seketika untuk meregangkan urat bagi memastikan peredaran darah mengalir dengan baik
INFO ;
ketika berada didalam kereta pastikan anda mementingkan keselamatan dengan memakai tali pinggang keledar. Ini penting bagi memastikan anda dan bayi didalam kandungan berada didalam keadaan selamat.
Pastikan tali pinggang keledar diletakkan dibawah perut bagi memastikan anda dan bayi berada didalam keadaan selesa.
No comments:
Post a Comment